Skip to main content

Berita Tempatan

Jangan Mudah Terpedaya Janji Untung Besar, Pelabur Diingatkan Semak Status Lesen Terlebih Dahulu

Jangan Mudah Terpedaya Janji Untung Besar, Pelabur Diingatkan Semak Status Lesen Terlebih Dahulu

Sekilas

  • Antos Pinnacles mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi tanpa risiko.
  • Syarikat ini beroperasi di bawah kawal selia Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dengan lesen Money Broking dan menggunakan platform MetaTrader 5.
  • Pelabur disarankan membuat semakan dan due diligence sendiri melalui daftar rasmi pengawal selia sebelum membuat keputusan pelaburan.
Advertisement

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tidak munasabah atau keuntungan tanpa sebarang risiko.

Peringatan itu dibuat kumpulan kewangan global, Antos Pinnacles ketika syarikat berkenaan terus memperluaskan perkhidmatan brokerajnya menerusi entiti di Labuan yang beroperasi di bawah rangka kerja perundangan perkhidmatan kewangan Malaysia.

Advertisement

Antos Pinnacles beroperasi di bawah kawal selia Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) menerusi lesen Money Broking bernombor MB/20/0053 dan menyediakan kemudahan perdagangan pelbagai instrumen menggunakan platform MetaTrader 5.

Syarikat itu turut menegaskan komitmennya terhadap rangka kerja kawal selia termasuk aspek pengasingan dana pelanggan, audit serta penyediaan pejabat fizikal dan pengurusan bertauliah di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pengawasan kawal selia oleh LFSA memberikan tahap pengawasan yang jelas dan memastikan operasi syarikat mematuhi standard piawaian industri. Kami komited untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang telus dan selamat kepada para pelanggan kami,” kata jurucakap syarikat itu.

Dalam masa sama, Antos Pinnacles turut memperluaskan perkhidmatan brokeraj dengan penggunaan teknologi analitik kecerdasan buatan (AI) serta menyediakan sokongan berbilang bahasa.

Namun, seiring perkembangan tersebut, syarikat berkenaan mengingatkan komuniti pelabur supaya lebih berhati-hati ketika mempertimbangkan sebarang peluang pelaburan terutama yang ditawarkan secara dalam talian.

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah tawaran yang menjanjikan kadar pulangan terlalu tinggi atau memberi jaminan keuntungan tanpa risiko.

Justeru, pelabur disarankan melakukan penelitian sewajarnya atau due diligence serta membuat semakan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan pelaburan.

“Pelabur diingatkan supaya sentiasa menjalankan due diligence dan membuat semakan kendiri. Pengesahan status lesen dan maklumat entiti hendaklah dibuat secara terus menerusi daftar rasmi pengawal selia seperti LFSA atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bukannya sekadar bergantung kepada pautan atau maklumat yang dipaparkan di mana-mana laman web peribadi,” tambah kenyataan itu lagi.

Selain beroperasi di Labuan, Antos Pinnacles turut mempunyai rangkaian operasi di beberapa bidang kuasa antarabangsa termasuk Hong Kong, St. Vincent and the Grenadines serta Seychelles.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement