Skip to main content

Selebriti

Jangan Pamer Butiran Tempahan Rembayung Di Media Sosial, Khairul Aming Bimbang Scammer Ambil Kesempatan - "Tolong Jangan Percaya Dengan..."

KA Scammer

Sekilas

  • Khairul Aming menasihati orang ramai supaya tidak memuat naik tangkap layar tempahan restoran Rembayung yang memaparkan maklumat peribadi di media sosial.
  • Beliau mengingatkan supaya tidak mudah percaya kepada individu yang menawarkan slot tempahan melalui komen kerana ia berkemungkinan scammer.
  • Netizen menyokong nasihat Khairul dan menggalakkan orang ramai membuat tempahan hanya melalui saluran rasmi untuk mengelak penipuan.

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik scammer yang cuba menjual semula tempahan restoran Rembayung kepada pihak lain.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul menggesa pelanggan supaya tidak memuat naik tangkap layar tempahan yang memaparkan maklumat peribadi seperti nama, tarikh dan masa di media sosial.

"Mohon jangan muat naik tangkap layar tempahan anda yang boleh nampak nama, tarikh dan masa. Tolong 'censor' semua butiran.

"Saya risau ada scammer jual tempahan anda kepada orang lain menggunakan screenshot tersebut," tulisnya.

Dalam pada itu, Khairul turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan individu yang meninggalkan komen kononnya menawarkan slot tempahan di Rembayung.

Menurutnya, taktik tersebut merupakan antara cara scammer memanipulasi mangsa demi mendapatkan wang.

"Dan tolong jangan percaya dengan orang yang komen 'pm i sis' dekat setiap hantaran yang tanya 'siapa ada slot rembayung'. Peluang tinggi itu adalah scammer. Kita bantu sesama kita,"ujarnya,

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Khairul dan menyarankan agar orang ramai membuat tempahan melalui saluran yang sah sahaja.

"Lebih baik 'battle' sendiri sahaja. Kalau tak dapat itu maksudnya bukan rezeki lagi.

"Nak senang, layan tempahan Rembayung anda macam tiket konsert.

"Memang banyak dah scammer kat komen-komen.

"Jangan mudah terpedaya ya semua," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement