Skip to main content

Selebriti

“Jangan Rasa Kita Bintang, Kita Boleh Buat Apa Sahaja” - Nabila Huda

“Jangan Rasa Kita Bintang, Kita Boleh Buat Apa Sahaja” - Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda menegaskan pelakon perlu sedar kemampuan dan nilai diri sebelum menetapkan bayaran untuk sesebuah filem.
  • Beliau juga mengulas sikap diva yang berkait dengan kurangnya komitmen pelakon di set, bukan semata-mata soal bayaran tinggi.
  • Nabila menekankan pentingnya komitmen penuh dan persediaan untuk mengelak masalah di set serta menghormati masa semua pihak.
Advertisement

Pelakon, Nabila Huda tampil mengulas mengenai isu pelakon muda yang berani meminta bayaran sebanyak RM10,000 sebagai peneraju utama filem.

Menurut Nabila, setiap pelakon perlu menyedari kemampuan serta nilai diri sebelum menetapkan bayaran untuk sesebuah naskhah.

Advertisement

“Kita kena sedar sejauh mana bakat dan kemampuan kita sebagai seorang pelakon. Macam saya sendiri, sejak mula berlakon saya tak pernah menetapkan harga sebab saya tahu saya masih banyak kelemahan dan banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Jadi, apa sahaja yang orang tawarkan, saya terima sebab saya tahu nilai bakat saya ketika itu belum sampai tahap untuk meletakkan harga yang terlalu tinggi.

“Saya ikut sahaja perjalanan itu dan ia mengambil masa untuk saya sampai ke tahap sekarang. Sampai satu tahap, saya tak perlu jelaskan berapa nilai saya sebab orang sendiri sudah tahu. Mereka tahu nilai dan usaha yang saya berikan 100 peratus untuk setiap watak yang ditawarkan. Pengalaman lebih penting daripada jumlah bayaran. Kita kena tahu ruang dan kemampuan kita,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Sementara itu, pelakon drama Clea itu turut mengulas mengenai sikap diva yang dibangkitkan pengarah, Erma Fatima dalam kalangan pelakon.

Menurut Nabila, sikap tersebut bukan berkaitan bayaran semata-mata, sebaliknya turut melibatkan tahap komitmen seseorang pelakon terhadap kerja.

“Berkenaan isu diva pula, bagi saya ia berkait dengan komitmen. Kalau seseorang itu sudah menerima bayaran yang tinggi, dia perlu beri komitmen sepenuhnya. Kalau tak beri komitmen, tak faham watak, datang ke set tanpa persediaan atau tak pergi kelas lakonan, itu akan menyusahkan orang lain. Contohnya untuk filem, kita mungkin perlu pergi kelas lakonan terlebih dahulu.

“Kadang-kadang bila di set sibuk bermain telefon, datang lambat atau tak ikut masa. Bila diberi arahan, tak dengar. Masuk set pula masih tak hafal dialog atau perlu dipanggil berkali-kali.

“Perkara itu akan menyusahkan orang sekeliling sebab kita mengejar masa. Masa itu sangat berharga. Jadi, kalau kita tak beri komitmen 100 peratus dan tak faham apa yang kita lakukan, sudah tentu orang akan marah dan melabel kita sebagai diva.

“Itu bukan sesuatu yang baik kerana kita datang untuk bekerja. Kita jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Jangan sebab kita rasa kita bintang atau watak utama, kita boleh buat apa sahaja,”kongsinya.

Terdahulu, pelakon Namron berkongsi mengenai segelintir pelakon muda yang berani meminta bayaran sehingga RM100,000 untuk watak utama dalam filem.

Kenyataan itu turut mendapat sokongan pengarah, Erma Fatima yang menegaskan sikap diva tidak sepatutnya menjadi alasan seseorang pelakon untuk mengabaikan komitmen di set.

Bagaimanapun, Erma berkata keadaan mungkin berbeza jika seseorang pelakon itu benar-benar mempunyai kebolehan dan mampu membuktikan nilai mereka seperti Nabila Huda serta beberapa pelakon senior lain.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Must Watch Video

Advertisement