Skip to main content

Selebriti

Janna Nick Nafi Cipta Akaun Palsu Threads, Dakwaan Mahu Saman 'Airline' Tak Masuk Akal - "Lantak Korang Lah Nak Percaya Atau Tidak"

WhatsApp Image 2026 04 21 at 10.10.09 AM

Pelakon, Janna Nick menafikan dakwaan dirinya mencipta akaun palsu di Threads semata-mata untuk membidas kenyataan seorang individu yang dipercayai pekerja syarikat penerbangan.

Dakwaan itu timbul selepas wanita berkenaan mendakwa Janna bersikap sombong dan mahu menyaman pihak airline susulan masalah teknikal penerbangan.

Menerusi Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menjelaskan bahawa dia kini berada di Jepun, sekaligus menolak dakwaan bahawa akaun palsu itu dicipta dari United Kingdom (UK).

"Aku kat Japan ni. Sejak 13 hari bulan aku dah gerak ke China. Dari mana pula aku nak cipta akaun palsu dari UK ni? Kan dah cakap yang korang ni cuma percaya fitnah dunia sahaja. Cuma korang je tak sedar. Dah kenapa aku nak cipta akaun tu. Tak gigih la aku,"tulisnya.

Dalam masa sama, Janna turut menafikan dakwaan dirinya mahu menyaman syarikat penerbangan, malah mengakui dirinya sendiri tidak tahu mengenai isu tersebut.

Baginya, tindakan menyaman airline seperti yang didakwa kedengaran tidak masuk akal dan seolah-olah hanya berlaku dalam drama.

"Airline mana aku nak saman pun aku tak tahu. Nak sebut dialog 'Saya nak saman airline' bunyinya macam drama slot akasia sangat,"ujarnya.

Pelakon drama Syurga Nur itu bagaimanapun enggan terus melayan dakwaan berkenaan dan menyerahkan kepada netizen untuk membuat penilaian sendiri.

"Lantak korang la nak percaya cerita ini semua,"katanya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement