Pelakon Janna Nick mempersoalkan sikap segelintir netizen yang dilihat hanya lantang melakukan boikot ketika isu berkenaan sedang hangat.
Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata ada pihak yang sekadar menunggang isu boikot demi perhatian dan bukan kerana pendirian sebenar.
"Maaf nak tanya netizen. Boikot ni musim je ke. Tiada kebencian kepada semua artis dan KOL yang terima kerja produk boikot.
"Saya cuma tertanya integiriti, kejujuran dan kegigihan netizen yang menghembur semua. Ke hari itu cuma sertai sebab nak tunggang isu trending semasa? Hipokrit eh," tulisnya.
Menurutnya, netizen sering mengecam artis atau pempengaruh yang menerima tawaran produk boikot ketika isu tersebut tular, namun memilih untuk berdiam diri apabila keadaan kembali reda.
"Kita tak boleh kawal pilihan orang lain tapi kita boleh kawal pilihan kita sendiri. Jadi, kalau ada artis atau influencer yang terima kerja produk boikot tu, korang jangan kritik atau kecam lebih-lebih.
"Saya nak 'remark' yang masa isu boikot tengah tak naik. Korang senyap je.
"Semua nak konon boikot dan bash sana sini semata-mata isu tengah in. Over sangat pula tu cara bash. Hujung-hujung sepi," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rara-rata netizen menyokong kenyataan Janna dan turut berpendapat bahawa budaya boikot di Malaysia sering bersifat bermusim.
"Setuju.
"Tepat sekali.
"Memnag hipokrit Janna. Kebanyakkannya memang suka tunggang isu ini. Yang tiada kena mengena pun dapat tempias.
"Dari dulu memang boikot kat Malaysia macam ni, bermusim," komen netizen.