Sekilas
- Jasmin Sopeah selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Saef Hadeef pada 4 September 2026, jam 12:15 pagi.
- Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Jasmin di platform Threads dengan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
- Jasmin berkahwin dengan Hafiz pada 25 Oktober 2025 sebelum menyambut kelahiran cahaya mata mereka.
Pempengaruh, Jasmin Sopeah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jasmin menerusi Threads.
"MasyaAllah, Tabarakallah. Muhammad Saef Hadeef, kesayangan Mama.
"Alhamdulillah, si kecil kami dah berada di sini. Saef selamat lahir pada 04.09.2026, pukul 12:15 pagi,"tulisnya.
Dalam masa sama, Jasmin turut merakamkan penghargaannya buat orang ramai yang telah mendoakan buat dirinya, selain berharap agar si kecil itu dilindungi Allah sentiasa .
"Terima kasih yang mendoakan, min tak mampu nak balas satu-satu. Semoga Allah jaga Saef selalu. Selamat datang ke dunia ini, sayangku Saef,"ujarnya.
Sekadar info, Jasmin telah mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada 25 Oktober 2025.