Kata-kata penyanyi, Anuar Zain buat arwah ibunya, Allahyarham Robiah Abdul, 74, sebelum dikebumikan mengundang sebak tetamu yang hadir memberikan penghormatan.
Suasana bertukar pilu apabila Anuar juga dilihat mengucup dahi ibunya buat kali terakhir sambil menahan sebak.
“Selamat jalan mak, semoga berbahagia di sana,” ujarnya.
Jenazah ibu kesayangan kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, Allahyarham Robiah Abdul, 74, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Robiah yang meninggal dunai jam 10.44 malam tadi akibat kanser hati dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Selangor.
Kira-kira 150 tetamu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat jenazah.
Ibu kepada lima cahaya mata itu pergi selepas kira-kira 100 hari pemergian suaminya Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, 87, yang meninggal dunia akibat kanser prostat pada 26 Ogos lalu.
Selain itu, Robiah juga meninggalkan 13 cucu.