Skip to main content

Berita

Jenazah Tun Dr. Hasmah Selamat Dikebumikan Di Pusara Negara, Ribuan Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Sekilas

H: Jenazah Tun Dr. Hasmah Selamat Dikebumikan Di Pusara Negara, Ribuan Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6 petang Isnin.

Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Suami kepada Allahyarhamah yang juga Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir dilihat turut mengiringi jenazah buat kali terakhir.

Turut kelihatan hadir ialah beberapa pemimpin politik, delegasi luar negara, selebriti serta orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan untuk urusan pengurusan jenazah serta penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya disolatkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke Pusara Negara untuk urusan pengebumian.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement