Skip to main content

Berita

Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Dibawa Pulang Ke Kediaman Di The Mines

Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Dibawa Pulang Ke Kediaman Di The Mines

Sekilas

  • Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Moha Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10.48 pagi untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.
  • Suasana pilu menyelubungi IJN dengan kehadiran ahli keluarga termasuk anak-anak Allahyarham serta kawalan ketat polis dan pengawal keselamatan di pintu masuk.
  • Allahyarham disahkan meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun, namun pihak IJN belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemergian beliau.
Advertisement

Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Moha Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.48 pagi ini untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Tinjauan Bernama di pekarangan IJN mendapati suasana pilu menyelubungi
persekitaran pusat perubatan berkenaan sebaik kenderaan yang membawa jenazah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bergerak menuju ke kediaman Allahyarham.

Advertisement

Antara ahli keluarga yang dilihat hadir di IJN ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.

Beberapa anggota polis bersama dengan
pengawal keselamatan IJN turut ditempatkan di sekitar pintu masuk bagi mengawal pergerakan orang ramai serta memastikan aliran lalu lintas lancar.

Selain itu, petugas media turut kelihatan bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan terkini.

Advertisement

Setakat ini, pihak IJN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemergian Allahyarham.

Terdahulu, Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di IJN pagi ini pada usia 100 tahun.


Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement