Sekilas
- Asap jerebu yang melanda Malaysia hampir tiga bulan kini dilaporkan semakin hilang, menjadikan kualiti udara di ibu kota bertambah baik.
- Ramai netizen berkongsi foto dan video keadaan udara yang lebih bersih di Kuala Lumpur melalui media sosial, menunjukkan perubahan positif ini.
- Beberapa pengguna media sosial menyatakan kualiti udara di Kuala Lumpur kini lebih baik berbanding New Zealand, menandakan tiada lagi asap jerebu di kawasan tersebut.
Selepas hampir tiga bulan ‘menyerang’ Malaysia, asap jerebu dilaporkan sudah beransur hilang dan membuatkan kualiti udara di ibu kota khususnya menjadi lebih berkualiti dan beransur pulih.
Buktinya, ramai netizen yang mula berkongsi foto serta video keadaan kualiti udara di ibu kota daripada kediaman mereka menerusi media sosial.
Melihat kepada perubahan kualiti udara itu, kebanyakkan daripada mereka meluahkan rasa tidka percaya namun dalam masa yang sama bersyukur kerana asap jerebu tidak lagi kelihatan.
“Saya nak tengok pemandangan semua netizen sebab jerebu macam dah hilang?
“Kuala Lumpur, kita dah boleh bernafas semula. Alhamdulillah, ya Allah,” antara perkongsian beberapa individu di Threads.
Malah, ada juga yang memaklumkan bahawa kualiti udara Kuala Lumpur pagi tadi lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kualiti udara di New Zealand sekaligus membuktikan bahawa tiada lagi asap jerebu di ibu kota.
“Korang tahu tak? Kualiti udara di KL pagi tadi lebih bagus daripada New Zealand,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi keadaan udara di sekitar mereka dan meluahkan rasa syukur selepas hampir tiga bulan ‘berperang’ dengan jerebu.
Sumber: Threads