Skip to main content

Selebriti

"Jika Dambaan Ke Arah Kesihatan Tiada Masalah" - Zul Ariffin

Zul Arifin Sado

Pelakon popular, Zul Ariffin mendedahkan dia kini mengekalkan berat sekitar 83 hingga 84 kilogram selepas melalui proses penurunan mendadak ketika penggambaran filem terbarunya, Furious.

Jelas Zul, 39, kali terakhir kurang daripada 80 kilogram ketika dia aktif dalam aktiviti lasak beberapa tahun lalu.

Advertisement

“Dulu berat saya dalam anggaran 100 ke 103 kilogram tapi berat saya sekarang dalam 84 kilogram sebab saya baru habis shoot Furious.

“Last saya turun rasanya saya masuk ring saya 79.4 kilogram. Yang itu betul-betul dalam kategori kurang berat badan. Kemudian saya kena makan balik sebab saya pun dah tak boleh nak teruskan.

"Jadi sekarang ni saya dalam berat yang lebih selesa. Saya tidak akan pergi lebih (berat) daripada 85kg buat masa sekarang," kata Zul ketika ditemui Gempak.

Dalam masa sama, Zul mengakui perubahan fizikal itu membuatkan ramai memerhatikan dirinya, lebih-lebih lagi selepas gambar tubuh badannya tular di media sosial baru baru ini.

"Waktu itu saya bercuti lepas jadual yang agak padat dan saya saja nak ambil gambar dan hasilnya pun sangat baik. Jadi saya terus muat naik.

"Bila lagilah nak beria-ia macam ni kan. Tak pernah macam ni. Selepas itu, tak sangka jadi bualan orang. Jika dambaan itu ke arah kesihatan, maka ia tiada masalah. Bagus sebenarnya,” ujarnya.

Zul yang terkenal menerusi Gerak Khas itu berseloroh bahawa dia tidak mahu tubuhnya kembali boroi selepas usaha keras menjaga disiplin ketika penggambaran.

"Tak adalah boroi sangat selepas ini kan,"ujarnya bersahaja.

Terdahulu, Zul mencuri perhatian ramai selepas berkongsi fotonya tidak berbaju dengan sosok tubuh yang sasa dan berotot ketika sedang bercuti beberapa minggu lepas.

Sekadar rekod, Zul pernah berkongsi bahawa dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram pada Julai lalu demi menyempurnakan watak dalam filem aksi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement