Skip to main content

Viral

'Jodoh Lebaran Dah Tiba' - Exco Arah Siasat Hantaran Tular Promosi LGBT

Astro Gempak lgbt melaka

Sekilas

  • Kerajaan negeri Melaka mengarahkan siasatan terhadap dakwaan promosi aktiviti LGBT semasa sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial.
  • Exco Pendidikan Melaka, Datuk Rahmad Mariman, berkata siasatan menyeluruh termasuk aspek perundangan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil.
  • Tular gambar seorang lelaki berpenampilan wanita bersama lelaki berpakaian sedondon merah di Threads yang menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
Advertisement

Kerajaan negeri mengarahkan siasatan terhadap kes tular dakwaan mempromosi aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika sambutan Aidilfitri dipercayai berlaku negeri berkenaan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung isu berkenaan selepas tular hantaran di Threads dipercayai berlaku di Kampung Batu Gajah, Merlimau.

Advertisement

“Saya baru dimaklumkan mengenai perkara ini dan masih menunggu maklumat lanjut sebelum sebarang tindakan diambil.

“Siasatan menyeluruh akan diambil termasuk dari sudut perundangan bagi menentukan tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terlibat,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya akan melihat dari sudut undang-undang yang boleh dikenakan terhadap promosi (LGBT) seperti ini namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan selagi siasatan belum selesai.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki berpewatakan wanita memuat gambarnya dengan seorang lelaki berpakaian sedondon merah di akaun Threads dengan hantaran ‘Jodoh lebaran dah tiba. Alhamdulillah’.

Hantaran itu menilbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial yang mengganggap itu seperti mempromosi aktiviti LGBT secara terbuka.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement