Skip to main content

Viral

Jurutera Maut Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut

ular

Seorang jurutera perisian berusia 41 tahun ditemui maut selepas dipatuk ular berbisa yang bersembunyi dalam kasut getah miliknya di kediaman di Ranganatha Layout, India pada Sabtu lalu.

Menurut laporan NDTV, mangsa dikenali sebagai Manju Prakash keluar sebentar membeli minuman sebelum pulang dan terus menyarungkan kasut tanpa menyedari reptilia itu berada di dalamnya.

Advertisement

Akibat patukan tersebut, beliau tidak menyedari kejadian kerana sebelum ini pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan kakinya hilang deria rasa.

Selepas menanggalkan kasut, mangsa masuk ke bilik untuk berehat manakala pekerja keluarga ternampak seekor ular dalam kasut lalu memaklumkan kepada bapanya.

Bapanya kemudian mengeluarkan reptilia itu yang ketika itu sudah mati dipercayai akibat lemas di dalam kasut berkenaan.

Tidak lama kemudian, ibu mangsa mendapati Prakash terbaring kaku di katil dengan buih pada mulut serta pendarahan di bahagian kaki.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital swasta berhampiran namun doktor mengesahkan sudah meninggal dunia.

Must-Watch Video