Skip to main content

Selebriti

Kacak dan Berkarisma Seperti CEO, Anak-Anak Anzalna Nasir Raih Perhatian Netizen - "Helok Betul, Tengoklah Ibunya Macam Mana"

Anzalna Nasir

Sekilas

  • Anzalna Nasir bersyukur dikurniakan dua anak lelaki yang penyayang, bijak, dan bertanggungjawab yang melayan dia seperti permaisuri.
  • Dia berkongsi foto anak-anaknya sedang bercuti di atas kapal pelayaran melalui Threads, menarik perhatian netizen dengan ketampanan dan karisma mereka.
  • Anzalna berkahwin dengan usahawan Mohamad Hanif Zaki sejak 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan dua cahaya mata yang memiliki keperibadian yang sangat baik dan melayaninya seperti seorang ratu.

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna berkongsi foto-foto anaknya yang sedang bercuti di atas sebuah kapal pelayaran.

"Mashaallah, Allah kurniakan saya dengan dua anak lelaki yang sangat penyayang, bijak, bertanggungjawab dan kelakar. Layan ibu dia macam permaisuri tetapi jangan tanya banyak soalan pada mereka, nanti terbuka aib mak dia," tulis Anzalna

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan wajah anak-anaknya yang disifatkan seperti kerabat diraja dan bakal CEO.

"Vibe Eidrees macam Tengku Mahkota.

"Hensemnya Eidrees, tengoklah macam mana ibunya.

"Heloknya ya Allah.

"Masyaallah. Hensem dan bergaya, bakal CEO Eidress. Berkarisma betul budak hensem ni

"Hensem betul vibe anak sultan," komen netizen.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Must-Watch Video

Advertisement