Skip to main content

Selebriti

“Kadang Bukan Sebab Bakat…” - Ryzal Ibrahim Dedah Realiti Industri Seni, Kongsi Punca Ramai Tak Sanggup Terima Tawaran Lakonan

“Kadang Bukan Sebab Bakat…” - Ryzal Ibrahim Dedah Realiti Industri Seni, Kongsi Punca Ramai Tak Sanggup Terima Tawaran Lakonan

Sekilas

  • Ryzal Ibrahim kongsi realiti industri lakonan yang buat ramai tak sanggup ceburi bidang ni sebab komitmen masa dan bayaran yang rendah.
  • Bukan bakat je jadi halangan, tapi kualiti cerita, gandingan pelakon, dan tenaga produksi juga penting dalam terima tawaran kerja.
  • Ryzal nasihatkan bakat boleh diasah melalui kelas atau seminar lakonan, bukan semata-mata bergantung pada kelebihan semula jadi.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil berkongsi realiti industri lakonan yang menyebabkan ramai tidak sanggup berkecimpung di dalam bidang berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads, Ryzal berkata bakat seseorang bukanlah punca  utama seseorang sukar menerima tawaran kerja, sebaliknya ramai tidak sanggup berdepan dengan komitmen masa dan bayaran yang kurang memuaskan, 

Advertisement

Malah, hasil akhir sesebuah karya dan gandingan bersama pelakon dan tenaga produksi pun memainkan peranan yang besar.

“Ramai tak ambil kerja berlakon sebab bayaran dan banyak masa terbuang ( menunggu di set tak kelakar), kualiti cerita, gandingan pelakon, pengarah dan senarai yang berterusan,”tulisnya.

Ryzal berkata demikian selepas seorang individu yang berkongsi dirinya tidak mahu terlibat dalam dunia seni kerana kecantikannya tidak berguna jika dia tidak mempunyai sebarang bakat.

Advertisement

Ujarnya lagi, bakat dan kualiti lakonan seseorang seseorang itu boleh dimantapkan lagi dengan hadir ke kelas atau seminar lakonan.

“Bakat boleh masuk kelas. Kadang bukan sebab bakat pun,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Must Watch Video

Advertisement