Skip to main content

Selebriti

Kahwin Bukan Sebab Duit, Shuib Dedah Pengorbanan Watie Yang Orang Tidak Ketahui - "Dia Sebiji Macam Sarah"

Bakar isteri

Sekilas

  • Shuib berkongsi pengorbanan isteri, Watie Hanafiah, yang menjadi pendorong utama dalam hidupnya untuk berubah menjadi lebih baik.
  • Watie pernah dikecam kerana dikatakan berkahwin dengan Shuib kerana wang, namun dia sanggup berniaga di luar negara dan menyerahkan semua keuntungan untuk membantu Shuib bayar hutang.
  • Shuib memuji sifat Watie yang tidak mementingkan duit, menyerupai arwah isterinya, Siti Sarah, dan menghargai bantuan serta sokongan yang diberikan ketika dia susah.

Usahawan dan pelawak, Shuib berkongsi sisi lain serta pengorbanan isterinya, Watie Hanafiah yang jarang diketahui ramai.

Menurut Shuib, isterinya itu menjadi pendorong utama dalam hidupnya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

"Kadang-kadang saya rasa dialah contoh yang terbaik untuk saya. Kalau kita tak baik, kita kena paksa diri kita jadi baik,"katanya.

Shuib turut mengakui, pada awal perkahwinan mereka, Watie pernah dikecam apabila ada yang mendakwa wanita itu berkahwin dengannya kerana wang dan kekayaannya. Namun, hakikatnya ia adalah di sebaliknya.

Ketika dirinya berdepan kesukaran, Watie sanggup bekerja keras dengan berniaga di luar negara selama beberapa hari.

"Dia tahu mengenai kondisi saya. Ketika awal dia nak kahwin dengan saya, ramai orang kata sebab dia nak duit saya.

"Hidup ini ada naik turun. Tahun ini dan tahun lepas saya susah. Korang beli sambal hitam kat Singapura dan Brunei semua habis,"ujarnya.

Namun apa yang membuatkan dia terharu apabila semua hasil keuntungan diserahkan sepenuhnya kepada Shuib bagi membantunya melangsaikan hutang.

"Saya tak pergi tetapi duit sambal hitam, dia tak ambil satu sen. Dia bagi semua pada saya. Saya jadi malu dan segan.

"Pergi meniaga 2,3 hari berdiri meniaga. Duit dapat bagi saya sebab saya kena bayar banyak hutang,"kongsinya.

Shuib turut berkata bahawa sifat Watie yang tidak memikirkan soal duit itu amatlah menyerupai sifat arwah isterinya, Siti Sarah.

"Dia sebiji macam Sarah, tak hairan pasal duit. Saya selalu fikir saya bukan orang baik tetapi allah tahu cara sedarkan saya. Saya tiada apa.

"Meniaga okay tetapi dia tak selaris seperti dahulu. Saya tak cukup duit. Saya susah dia tolong tetapi banyak rezeki yang dating pada dia," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement