Skip to main content

Viral

Kahwin Lelaki Muda, Wanita 55 Tahun Beri RM34 Juta sebagai Wang Hantaran

Astro Gempak kahwin muda

Sekilas

  • Yu Wenhong, taikun kecantikan estetik berusia 55 tahun, baru sahaja berkahwin dengan pemuda 25 tahun bernama Ren Ren.
  • Wenhong memberikan wang hantaran sebanyak RM34.3 juta serta hadiah mewah seperti kereta Rolls-Royce dan Mercedes-Benz kepada suaminya.
  • Pasangan ini dikatakan bertemu melalui siaran langsung media sosial dan ini merupakan perkahwinan kelima Wenhong.
Advertisement

Nama taikun perniagaan terutama dalam dunia kecantikan estetik, Yu Wenhong sedang menjadi perbincangan hangat netizen.

Bukan kerana perniagaannya tetapi wanita berusia 55 tahun itu dilaporkan baru berkahwin dengan pemuda 25 tahun pada bulan ini.

Advertisement

Dengan perbezaan usia 30 tahun dan memiliki kekayaan yang cukup banyak, Wenhong dilaporkan telah memberi wang hantaran sebanyak RM34.3 juta kepada suami barunya, Ren Ren.

Ren Ren atau nama aslinya, Liu Yuchen yang merupakan seorang pempengaruh itu juga turut menerima hantaran atau hadiah seperti kereta mewah Rolls-Royce dan Mercedes-Benz, lapor South China Morning Post.

Sumber mendakwa keduanya bertemu dalam sebuah siaran langsung di media sosial. Wenhong kerap memberi hadiah mewah kepada Ren Ren saat berinteraksi sebelum mula berkenalan dan menjalin asmara pada pertengahan 2025.

Advertisement

Namun ada yang mengatakan pasangan ini bertemu dalam sebuah acara.

Ini merupakan perkahwinan kelima buat Wenhong yang juga merupakan pengasas Young Merry Real International Group.

Sebelumnya dia pernah berkahwin dengan model dari Albania, Rolando V. Lekaj yang berusia 25 tahun pada 2014 dan memiliki anak bersama.

Anda mungkin berminat dengan

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

Must Watch Video

Advertisement