Skip to main content

Selebriti

“Kalau Awak Nangis & Patah Balik, Itu Bukan Ikon Yang Orang Mahu Lihat…” Taanusiya Chetty

“Kalau Awak Nangis & Patah Balik, Itu Bukan Ikon Yang Orang Mahu Lihat…” Taanusiya Chetty

Sekilas

  • Taanusiya Chetty mengulas tentang kritikan terhadap finalis Miss Universe Malaysia 2026 yang dikritik dari segi fizikal dan penampilan mereka.
  • Beliau menegaskan pentingnya menerima kritikan dengan cara positif dan menjaga kesihatan mental ketika menghadapi komen negatif.
  • Taanusiya juga menekankan peserta perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjadi ikon dalam platform kecantikan.
Advertisement

Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty tampil mengulas mengenai finalis Miss Universe Malaysia 2026 yang dikritik kerana fizikal dan penampilan yang didakwa tidak mencapai tahap kecantikan seperti diharapkan sesetengah pihak.

Menurut Taanusiya, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.

Advertisement

Namun, baginya, setiap kritikan juga mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung pada cara seseorang mengendalikan perkara tersebut.

“Ia normal. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Kita tak boleh puaskan hati mereka untuk rasa diri mereka baik. Kadang-kadang mereka kritik dengan cara baik. Mungkin mereka rasa kamu patut buat lebih baik. Terima kritikan itu dan jangan anggap ia sebagai keburukan. Kamu perlu perbaiki.

“Tetapi jika mereka kritik yang teruk, kamu boleh block mereka. Kadang-kadang saya akan bercerita pada keluarga kerana kritikan akan memberi kesan pada mental dan emosi. Kita tak tahu ada orang nampak kuat tetapi sebenarnya di belakang dia banyak menangis,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Taanusiya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas bersama media di Hotel Park Royal Kuala Lumpur pada Selasa.

Katanya lagi, untuk memasuki platform kecantikan, setiap peserta perlu bersedia dari pelbagai aspek termasuk fizikal, emosi dan mental.

“Pada akhirnya, kamu sertai platform untuk menjadi ikon. Kalau awak nangis dan patah balik, itu bukan ikon yang orang mahu lihat. Kamu perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Kalau kamu sedih kerana dikritik, cari cara untuk motivasi,” ujarnya.

Sebelum ini, tular satu hantaran yang memaparkan video finalis Miss Universe Malaysia 2026.

Menerusi hantaran tersebut, ruangan komen turut dipenuhi komen negatif daripada netizen yang mengkritik fizikal dan penampilan peserta.

Sekadar info, Taanusiya mencipta pencapaian membanggakan apabila menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga selepas berjaya mara sehingga kelompok Top 6 pertandingan berprestij itu.

Anda mungkin berminat dengan

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Must Watch Video

Advertisement