Skip to main content

Selebriti

"Kalau Tak Cukup Korum, Kita Standby" - Abby Abadi Sokong Tindakan The Melvins, Minta Jangan Bagi Muka!

"Kalau Tak Cukup Korum, Kita Standby" - Abby Abadi Sokong Tindakan The Melvins, Minta Jangan Bagi Muka!

Sekilas

  • Abby Abadi menyokong penuh adik-beradik The Melvins dalam isu rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Azim.
  • Abby menggesa mereka untuk terus berjuang mempertahankan hak dan tidak berlembut hati dalam menghadapi situasi tersebut.
  • Syida dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos selepas tujuh tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak.
Advertisement

Pelakon, Abby Abadi menyatakan sokongan penuh terhadap adik-beradik, The Melvins susulan isu perbalahan rumah tangga aktres, Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Azim.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby meminta mereka tetap berjuang dan mempertahankan hak untuk mengelakkan sebarang dakwaan yang tidak berasas timbul.

Advertisement

Adik beradik The Melvins itu terdiri daripada Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin, Syida Melvin dan Malveena Melvin.

"The Melvins! Kita Sokong! Lawan sekarang! Kalau lambat nanti, orang kata kita tak boleh move on pula. Kemudian, kata kita dengkilah,"tulisnya.

Dalam masa sama, dia turut memuji kerjasama adik-beradik terkenal itu dalam melindungi antara satu sana lain, selain menegaskan untuk tidak terlalu berlembut hati dengan individu seperti itu.

Advertisement

"Jangan bagi muka. Mengalah tiada nilai dengan manusia macam tu. Baguslah korang adik-beradik. Bersatu teguh! Bercerai kita cari lain. Apa-apa bagitahu. Kalau tak cukup korum, kita standby,"katanya lagi.

Terdahulu, tular beberapa keratan video siaran langsung TikTok memaparkan Syida meminta Syafiq meninggalkan kediaman berkenaan bagi membolehkannya kembali menetap bersama anak-anak.

Dalam rakaman tersebut, Syafiq dilihat meneruskan aktivitinya seperti biasa, termasuk menunaikan solat, ketika Syida menyuarakan rasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan Syida belum mendapat pengesahan dan penjelasan Syafiq berhubung perkara tersebut perlu diperoleh bagi memberikan gambaran yang seimbang.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Must Watch Video

Advertisement