,
Berita

Kami Akan Mendapatkan Khidmat Bomoh Untuk Menang MLM 2017 - Puteh

Rozaimi Zubaidi
05/05/2017
01:04 MYT
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Ali Puteh merancang mendapatkan khidmat bomoh sebagai persiapan untuk mereka memenangi MLM pada tahun ini.
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata, mereka akan memperbanyakkan elemen kejutan ketika mengadakan persembahan dalam memberikan persaingan kepada empat lanun lawak yang lain.
"Kami akan memastikan persembahan pada minggu terakhir ini penuh dengan kejutan kepada semua penonton dan peminat Puteh.
"Ini merupakan peluang terakhir untuk kami keluarkan segala idea yang ada dalam memasikan penonton terhibur dengan lawak yang dipersembahkan.
"Tidak ada istilah mengalah bagi kami meskipun bersaing dengan nama yang besar dan kami akan berikan lebih lagi daripada sebelum ini supaya dapat memberi saingan kepada mereka.
"Kami juga akan menggunakan khidmat bomoh sebagai salah satu persiapan untuk memenangi gelaran juara pada tahun ini," katanya secara berseloroh kepada Astro Gempak.
Gelanggang akhir MLM 2017 bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Jumaat (hari ini) dan lima #lanunlawak akan berentap di dua pusingan bertemakan Bebas dan Muzikal.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 menawarkan hadiah lumayan bagi juara pertandingan iaitu wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi. Naib juara pula bakal merangkul wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi dan RM150,000 beserta trofi menanti pemenang tempat ketiga. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Penonton boleh menyaksikan siaran langsung MLM 2017 atau mendapatkan informasi terkini menerusi portal hiburan rasmi, Astro Gempak (www.astrogempak.com.my) atau laman web www.maharajalawakmega.com.my.
Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum rancangan bermula.
Sinar fm juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku Radio Rasmi, manakala Raku bertindak sebagai Radio Digital.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

gempak
13/09/2024
13:55 MYT
Kembali ke pentas komedi, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 tiada tekanan seperti sebelum ini.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Ali Puteh Langsai Hutang Hidayah, Harap Tiada Isu Berbangkit! - "Mohon Maaf Lambat Bayar Sebab..."

gempak
03/03/2024
02:00 MYT
Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai melangsaikan hutangnya kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah yang berjumlah sebanyak RM 72,4990.
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

gempak
21/02/2024
09:40 MYT
Ouh itu sebabnya...