Berita

Kami Macam Adik-Beradik, Tak Bercinta Pun...-Syamel, Ernie

gempak
Fiza Kamarudin
16/01/2017
15:22 MYT
Sponsor Banner
Kami Macam Adik-Beradik, Tak Bercinta Pun...-Syamel, Ernie
Peserta Duo Star, Syamel dan Ernie menafikan mula bercinta sejak terlibat di dalam program realiti Duo Star.
Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 24, berkata khabar angin mengatakan dia dan Ernie menjalin hubungan cinta adalah tidak benar sama sekali.
“Salah tu, kami hanya sekadar kawan kerja. Tidak dinafikan Duo Star menjadikan hubungan kami lebih akrab tetapi hanya setakat itu.
“Mungkin kerana usia yang hampir sebaya menyebabkan kami cepat serasi dan senang bekerja,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Sementara itu Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 25, pula berkata, pada mulanya dia sendiri tidak pasti tentang keserasiannya bersama Syamel, namun selepas beberapa kali menjalani latihan perkara tersebut datang sendiri.
“Saya tidak pernah bekerja dengan Syamel sebelum ini. Bila Duo Star gandingkan kami, saya macam tidak yakin kerana Syamel seorang penyanyi yang bagus.
“Tapi Syamel bagus ketika bekerja dan sangat komited. Mungkin sebab itu kami cepat ‘masuk’ dan semuanya jadi mudah.
“Syamel seperti abang kepada saya dan tidak lebih daripada itu,” ujarnya.
Syamel dan Ernie merupakan pasagan yang sering mendapat pujian juri tetap Duo Star, Datuk Hattan, Datuk Acis dan Adibah Noor kerana persembahan memukau mereka dan vokal yang mantap.
Duo Star yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live