Skip to main content

Viral

Kantoi Meniru Guna Cermin Mata AI, Lelaki Jadi Individu Pertama Didakwa Di Korea Selatan

FOTO SEKADAR HIASAN

Sekilas

  • Seorang lelaki di Korea Selatan didakwa kerana menggunakan cermin mata pintar berkuasa AI untuk meniru dalam peperiksaan kelayakan kebangsaan.
  • Teknologi cermin mata AI ini mampu membaca soalan dan memberikan jawapan secara langsung, menjadikan penipuan lebih sukar dikesan.
  • Pihak berkuasa kini menilai semula langkah keselamatan termasuk melarang peranti ini dan mengenakan hukuman lebih berat terhadap penipu.
Advertisement

Seorang lelaki di Korea Selatan menjadi individu pertama didakwa di mahkamah kerana didakwa menggunakan cermin mata pintar berkuasa kecerdasan buatan (AI) untuk meniru dalam peperiksaan kelayakan kebangsaan.

Menurut laporan media tempatan, pejabat pendakwa raya Daerah Gwangju telah mendakwa lelaki berusia lingkungan 40-an itu selepas dipercayai menggunakan peranti berteknologi AI ketika menduduki peperiksaan pensijilan jurutera kemudahan perlindungan kebakaran pada Mei lalu.

Advertisement

Kegiatan lelaki itu terbongkar apabila seorang pengawas peperiksaan menyedari pantulan cahaya yang mencurigakan pada kanta cermin matanya ketika peperiksaan sedang berlangsung, lapor The Independent.

Hasil siasatan mendapati cermin mata tersebut disambungkan kepada aplikasi AI yang mampu membantu menjawab soalan peperiksaan.

Lebih mengejutkan, suspek mengaku membangunkan sendiri aplikasi berkenaan bagi menguji sama ada teknologi itu benar-benar mampu memberikan jawapan yang tepat dalam situasi peperiksaan sebenar.

Kes itu bukan satu-satunya yang melibatkan penggunaan cermin mata pintar AI di Korea Selatan.
Pada Mei lalu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an turut ditahan selepas disyaki cuba menggunakan peranti sama ketika menduduki peperiksaan kelayakan teknikal di Seoul dan Mokpo.

Malah, teknologi itu juga dikesan digunakan dalam beberapa peperiksaan Test of English for International Communication (TOEIC) apabila dua calon ditangkap pada Mei dan seorang lagi pada Jun.

Susulan beberapa insiden tersebut, pihak berkuasa Korea Selatan kini sedang menilai semula langkah keselamatan di pusat peperiksaan.

Antara cadangan yang dibincangkan termasuk memasukkan cermin mata pintar AI secara rasmi dalam senarai barangan yang dilarang dibawa masuk ke dewan peperiksaan, selain mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap individu yang didapati menipu menggunakan teknologi tersebut.

Perbincangan mengenai langkah baharu itu melibatkan beberapa agensi yang mengendalikan peperiksaan kebangsaan dan berlangsung pada 10 Julai lalu.

Perkembangan teknologi AI kini dilihat menjadikan aktiviti penipuan dalam peperiksaan semakin sukar dikesan.

Berbeza dengan cermin mata pintar generasi terdahulu yang hanya mempunyai fungsi kamera dan audio, model AI terkini mampu membaca teks melalui kamera terbina, menghantar soalan kepada sistem AI, sebelum menerima jawapan yang dipaparkan terus pada skrin kecil atau disampaikan melalui audio kepada pemakai.

Perkara itu mencetuskan kebimbangan di beberapa negara Asia memandangkan keputusan peperiksaan sering menjadi penentu kemasukan ke universiti, mendapatkan lesen profesional dan peluang pekerjaan.

Selain Korea Selatan, pihak berkuasa di China dan Taiwan juga dilaporkan mula memperketat pemantauan terhadap penggunaan peranti boleh pakai berasaskan AI bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi ketika peperiksaan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement