Ahli Kumpulan Aespa, Karina yang sering dipuji kerana visual yang menawan, kini telah menyorot perhatian netizen dan menerima kritikan pedas mengenai tubuh badannya.
Menerusi sebuah platform di sosial media, sebuah hantaran telah dimuat naik iaitu “Boleh percaya ke Karina tak ada pinggul?” yang telah meraih lebih 41,000 jumlah tontonan.
Ada juga netizen yang mendakwa bentuk tubuh Karina tidak seperti yang digembar-gemburkan peminat.
“Bahagian trapezius dia terlalu ketara, pinggul pun tak ada. Jadi kenapa peminat asyik nak jual tubuh dia.
"Kaki dia pun nampak pendek kalau tak pakai kasut tumit tinggi atau edit gambar,” tulis netizen.
Perbincangan tersebut mencetuskan pelbagai komen lain yang mendakwa peminat lebih menggemari Karina kerana wajah kecil dan visual menawan, bukannya bentuk badan.
Ada juga yang menyentuh perbandingan antara ahli aespa yang lain.
"Karina menonjol sebab bahagian dada dan bentuk muka, Winter pula menang dengan nisbah pinggang-pinggul, NingNing dengan bahu dan kaki, manakala Giselle untuk anggota badan yang panjang, tambah netizen.
Perkongsian tular itu sekali lagi membuka perdebatan mengenai standard kecantikan K-Pop dan tekanan berterusan yang dihadapi idol terhadap penampilan mereka.
Antarabangsa
Karina Aespa Dikritik, Netizen Dakwa Tubuh Badan Tak Seindah Gambar - "Kaki Dia Pun Nampak Pendek"
