Skip to main content

Selebriti

"Kata-Kata Dia Buat Saya Seminggu Tak Tidur Malam" - Nasihat Ustaz & Permintaan Anak Dorong A. Aida Berhijab

Bakar isteri

Sekilas

  • Pengarah A. Aida memutuskan untuk berhijab selepas menerima nasihat ustaz ketika tersedar di ICU selepas mengalami keadaan kritikal.
  • Kata-kata ustaz dan permintaan anak keduanya menjadi pendorong utama dalam keputusan A. Aida untuk mula memakai tudung sejak Ramadan lalu.
  • A. Aida sebelum ini mengalami rebah ketika menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan lutut yang menyebabkan dia ditidurkan sementara waktu.

Pengarah, A. Aida berkongsi pengalaman yang menyentuh hatinya sehingga mendorong dirinya untuk berhijab.

Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas seorang ustaz menasihatinya memakai tudung ketika dia baru sahaja tersedar selepas terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ketika saya di ICU, doktor sudah maklumkan kepada anak saya supaya panggil keluarga terdekat dan minta kami buat sembahyang hajat dan bacaan yassin. Kata doktor, saya tiada peluang lagi.

“Kalau hidup pun, kemungkinan saya akan jadi seperti ‘sayur’. Saya tak akan ingat apa-apa. Bila saya celik mata, saya nampak Ustaz Izhar Ariff. Ayat pertamanya, dia minta saya pakai tudung.

“Hati saya terus tersedar dan saya putuskan untuk bertudung. Selama sebulan proses pemulihan, kata-kata ustaz itu bermain di fikiran,” katanya kepada Gempak.

A. Aida berkata sedemikian ketika ditemui di program rakaman Melodi Raya 2026 yang berlangsung di Restoran Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bukan itu sahaja, permintaan spontan anak keduanya juga menjadi antara faktor yang menguatkan lagi keinginannya untuk berhijab, malah kata-kata tersebut membuatkan dia terus terfikir mengenainya.

“Yang membuatkan hati saya lebih kuat untuk berhijab adalah disebabkan permintaan anak kedua saya. Seminggu sebelum Ramadan, dia bertanya, mama tak nak pakai tudung ke? Saya jadi agak terkejut.

“Kata-kata dia buat saya seminggu tak tidur malam. Malah, dengan umur saya sekarang, rasanya memang patut saya berhijab. Ia bukan keputusan mudah.

“Bermula Ramadan, saya cari semula tudung-tudung lama dan pakai sehingga sekarang. Anak-anak turut tumpang gembira dengan keputusan saya ini,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, A. Aida terpaksa ditidurkan selepas dilaporkan rebah ketika menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan lutut.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement