Sekilas
- Bella Astillah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga tutur kata walaupun di alam maya kerana ia mencerminkan keperibadian diri.
- Beliau mengingatkan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan kembali kepada diri sendiri.
- Perkongsian Bella menerima reaksi positif daripada netizen yang menyokong pesanan tersebut.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menitipkan pesanan terbuka kepada orang ramai agar sentiasa menjaga tutur kata meskipun di alam maya.
Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata setiap pertuturan itu mencerminkan keperibadian diri seseorang.
"Kata-kata kita banyak menggambarkan siapa diri kita tanpa kita sedari.
"Bertuturlah dengan baik dan jaga diri sendiri walaupun disebalik skrin," tulisnya.
Dalam masa sama, dia turut berkata bahawa setiap kebaikan yang dilakukan tidak pernah merugikan, malah ia pasti akan berbalik pada diri sendiri
"Segala apa yang kita berikan kepada dunia termasuklah baik atau tidak. Ia pasti akan Kembali pada diri kita sendiri.
"Sedikit peringatan untuk sentiasa muhasabah diri. Jadilah orang yang baik atau berbuat baik kerana ia tak pernah sia-sia,"kongsinya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen dengan rata-rata menyokong kenyataan Bella.