Skip to main content

Selebriti

Kayrisyah Kemal Tak Kisah Dianggap Pempengaruh Berbanding Pelakon - “Mungkin Mereka Dah Lupa..."

Kayrisyah Kemal Tak Kisah Dianggap Pempengaruh Berbanding Pelakon - “Mungkin Mereka Dah Lupa..."

Sekilas

  • Kayrisyah Kemal tidak kisah jika orang salah anggap dia sebagai pempengaruh kerana jarang muncul di TV dan kini lebih aktif di media sosial.
  • Dia gembira dianggap pelakon baru kerana imej segar itu membantu dia keluar dari bayangan pelakon kanak-kanak.
  • Kayrisyah juga puji perkembangan industri filem Malaysia yang kini lebih tersusun dengan penggunaan teknologi dan produksi yang lebih profesional.
Advertisement

Pelakon, Kayrisyah Kemal mengakui tidak kisah jika ada yang tersalah anggap dirinya sebagai pempengaruh berbanding pelakon.

Menurut Kayrisyah, perkara itu mungkin berlaku kerana dia sudah jarang muncul di kaca televisyen sehingga ada penonton yang tidak lagi mengenalinya sebagai pelakon.

Advertisement

Malah, dia juga tidak kisah jika dianggap sebagai pelakon baharu kerana perkara itu menunjukkan dirinya sudah berjaya keluar daripada bayangan pelakon kanak-kanak dan tampil dengan imej yang lebih segar.

“Pelik juga kenapa tiada orang panggil saya shooting. Tetapi Tuhan gantikan saya dengan perkara lain iaitu saya sekarang lebih kepada media sosial. Ada orang kenal saya sebagai pempengaruh sebab tak nampak saya di TV. Saya okay sahaja asalkan tak jatuh fitnah. Saya tak akan berhenti berlakon sebab lakonan itu adalah minat saya. Saya berlakon sejak 9 tahun.

“Saya lagi suka orang label saya sebagai pelakon baru sebab new look dan fresh. Jadi, orang tak rasa saya pelakon kanak-kanak dah. Itulah kekuatan saya. Macam Fimie Don, wajah kanak-kanak itu masih lekat pada dia. Orang masih ingat diri dia dahulu. Jadi, saya bersyukur orang nampak wajah fresh saya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Kayrisyah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Kacau yang berlangsung di TGV KLCC, baru-baru ini.

Mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak bahawa pempengaruh tidak pandai berlakon, kayrisyah berpendapat perkara itu mungkin berpunca daripada kekurangan persediaan kelas lakonan yang disediakan oleh sesetengah pihak produksi.

“Alhamdulillah Tuhan dah susun saya yang ada pengikut. Sekarang orang ambil pempengaruh jadi pelakon. Dekat situ, saya nampak ada juga kekurangan produksi ambil pempengaruh sebagai pelakon tetapi tiada kelas lakonan hingga ada yang label pempengaruh berlakon tidak best. Saya pun pernah juga dilabel seperti itu. Orang lupa saya dah sebagai pelakon.

“Pelakon juga tidak perlu terhad pada lakonan sahaja dan perlu aktif di media sosial kerana industri sekarang lihat juga pada pengikut di media sosial. Ia adalah supaya orang senang ingat dan kenal kita siapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kayrisyah yang sudah berkecimpung dalam industri seni sejak berusia sembilan tahun turut teruja melihat perubahan dan perkembangan industri perfileman yang disifatkan semakin baik serta tersusun.

Menurutnya, banyak perubahan dapat dilihat dari segi penggunaan teknologi, peralatan penggambaran dan cara produksi mengendalikan sesebuah projek.

“Boleh rasa perbezaan. Dulu produksi kucar-kacir, sekarang lebih proper. Macam filem Kacau sangat mencukupi walaupun bajet tak besar. Dulu ada kes lari sekarang dah kurang. Kalau ada pun, mesti produksi otai dengan cara lama.

“Sekarang, saya nampak industri dah berkembang. Lighting, kamera, teknologi semua berbeza dan saya amat teruja. Dalam set saya dulu, ada yang lari sebab tak tahan mulut. Industri banyak drama tetapi saya tak mahu buka aib sesiapa,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement