Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Kebaikan Tidak Dapat Diganti, Sweet Qismina Titip Ucapan Khas Buat Arwah Ibu Elfira Loy - “Kalau Bukan Sebab Aunty, Mungkin…”

Kebaikan Tidak Dapat Diganti, Sweet Qismina Titip Ucapan Khas Buat Arwah Ibu Elfira Loy - “Kalau Bukan Sebab Aunty, Mungkin…”

Sekilas

  • Sweet Qismina berkongsi penghargaan kepada Filzah Yusoff, ibu kepada Elfira Loy, yang meninggal dunia pada pagi Ahad.
  • Sweet mengenang jasa arwah yang banyak membantu dirinya dan ibunya dalam dunia seni sejak 20 tahun lalu.
  • Sweet menyifatkan arwah sebagai insan yang kuat dan penguat kepada ibunya dalam membesarkan anak-anak.
Advertisement

Pelakon, Sweet Qismina menzahirkan penghargaan dan ucapan istimewa buat Ibu kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff yang dilaporkan meninggal pada pagi Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sweet berkata arwah yang merupakan kawan baik ibunya telah banyak berjasa dan membantu dirinya terutama ketika awal pembabitan dalam industri seni.

Advertisement

“Awak adalah antara kawan baik ibu saya. Antara yang terbaik dalam hidup mama. Keikhlasan hati awak yang membawa kami ke dunia seni. Kalau bukan sebab aunty ajak mama pergi ujibakat teater 20 tahun lepas, mungkin saya tiada kat sini.

“Saya masih ingat lagi, mama pergi tanya aunty macam mana nak masuk industri dan awak kongsikan segalanya yang awak tahu pada kami. Aunty yang ajar banyak benda dan macam mana nak jadi yang terbaik dalam industri.

“Mama akan selalu cakap ‘tengok kak el tu, lihatlah macam mana dia boleh berjaya’ dan saya tahu belakang kak El sentiasa ada mama dia. Tak dilupakan juga, adik, Kak Cik dan adik-beradik yang lain,”tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Dendam Seorang Madu itu berkata dia tidak akan pernah melupakan kebaikan arwah, selain menghargai arwah yang sentiasa menjadi penguat ibunya.

“Kebaikan awak memang tak dapat diganti. Kami tidak akan pernah melupakan. Kami akan selalu ingat awak. Terima kasih Aunty untuk nasihat yang baik-baik. Saya sangat pandang tinggi awak dan mama.

“Dua insan wanita yang kuat untuk membesarkan anak-anak mereka. Terima kasih kerana jadi penguat mama masa nak membesarkan anak-anak. Terima kasih kerana tak pernah melupakan kami. Al-fatihah,”ujarnya.

Sebelum ini, Ibu kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad selepas berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosuder intubasi di hospital.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement