Kecil Tak Bermaksud Lemah, Jangan Pandang Rendah Kebolehan Kami – Hobbit
Mya Amri
23/02/2017 01:10 MYT
23/02/2017 01:10 MYT
Anggota kumpulan Hobbit, Amir meminta supaya tidak memandang rendah kebolehan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).
Menurut Amir, dia mahu membuktikan fizikal bukanlah penghalang kumpulan Hobbit terus mara untuk minggu seterusnya.
“Tahun ini saya berubah angin dan ingin mencuba keserasian kami bertiga di MLM 2017.
“Kumpulan ini sesuatu yang baru untuk kami bertiga. Saya rasa walaupun fizikal kami agak berbeza dengan peserta lain namun itu bukanlah alasan untuk kami tidak berjaya.
“Kami ingin buktikan orang bertubuh kecil ini bukan bermaksud lemah dan jangan pandang rendah kebolehan kami.
“Kami juga mampu lakukan apa yang orang lain buat dan setiap kekurangan itu ada kelebihan yang diberikan oleh tuhan,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai MLM 2017, Amir memberitahu mereka akan mencari idea baru yang lebih segar supaya persembahan mereka tidak membosankan.
“Untuk mencari idea saya rasa Din banyak memberikan idea-idea segar memandangkan sebelum ini dia berlawak secara solo, jadi itu memberikan sedikit kelainan dalam persembahan kami.
“Dari situ kami bertiga akan gabungkan idea masing-masing untuk dijadikan sebuah cerita.
“Tambahan pula dengan loghat masing-masing jadi saya rasa tidak ada masalah untuk menjadikan persembahan kami itu seronok ditonton,” ujarnya.
Untuk minggu pertama bertemakan bebas, kumpulan Hobbit yang dianggotai oleh Amir, Din dan Bocil ini berada dikedudukan ke -11 dengan peratusan undian sebanyak 48.37%.
Teruskan mengundi mereka dengan menaip ML3/5/10/20 (NAMA PESERTA) dan hantarkan ke 32777.
Sementara itu undian untuk GMOTM boleh dilakukan di web MLM 2017 (klik di sini).
MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam, setiap Jumaat jam 10 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (132), Mustika HD (134).
Program lawak paling popular ini juga boleh ditonton di saluran digital Astro On The GO (AOTG) dan Astro On Demand (AOD) serta secara online di MLM 2017 (klik di sini).
Teks oleh: Mya Amri