Skip to main content

Selebriti

Kegigihan Tiara Jacquelina Hidupkan ‘Puteri Gunung Ledang’ Tuai Pujian, Aisha Retno; “ Dia Sangat Memberi Inspirasi…”

Kegigihan Tiara Jacquelina Hidupkan ‘Puteri Gunung Ledang’ Tuai Pujian, Aisha Retno; “ Dia Sangat Memberi Inspirasi…”

Sekilas

  • Aisha Retno memuji kegigihan Tiara Jacquelina dalam menghidupkan teater Puteri Gunung Ledang sejak 2004 sebagai inspirasi kepada ramai.
  • Aisha percaya niat yang betul akan membawa ganjaran dan kejayaan dalam usaha seni yang dilakukan.
  • Teater Puteri Gunung Ledang The Musical akan dipentaskan semula dari 31 Oktober hingga 15 November 2026 selepas tiket hampir habis terjual dalam dua jam.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno tampil bersetuju dengan perkongsian seorang individu yang mengulas mengenai kegigihan Tiara Jacquelina dalam menghidupkan karya Puteri Gunung Ledang sejak tahun 2004.

Menerusi perkongsian di Threads, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam berkata Tiara menjadi inspirasi ramai kerana sifatnya yang tidak mudah mengalah dan bersemangat tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.

Advertisement

“Betul itu. Dia sangat memberi inspirasi kepada kami semua untuk tidak berputus asa dan kerja sehingga awak berjaya dengan penuh bersemangat dan minat,”katanya.

Sebagai salah seorang pelakon utama dalam naskhah tersebut, Aisha turut percaya niat yang betul akan hadir dengan ganjaran dan pulangan yang baik.

“Semuanya inshaallah jika dibaluti dengan niat yang betul akan berbuah beranak pinak hasilnya,”ujarnya.

Advertisement

Sekadar info, teater Puteri Gunung Ledang The Musical meraih sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai apabila hampir 23,000 keping tiket telah habis terjual dalam tempoh hanya dua jam selepas jualan secara online dibuka pada 25 Ogos lalu.

Teater itu akan dipentaskan semula dari 31 Oktober hingga 15 November 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway City.

 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement