Skip to main content

Berita

“Kehilangan Besar Buat Seluruh Rakyat Malaysia” – Siti Nurhaliza Kenang Jasa Tun Dr Hasmah

“Kehilangan Besar Buat Seluruh Rakyat Malaysia” – Siti Nurhaliza Kenang Jasa Tun Dr Hasmah

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menganggap pemergian Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar buat rakyat Malaysia kerana jasa beliau dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita.
  • Siti Nurhaliza mengenang Allahyarhamah sebagai tokoh wanita penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi.
  • Beliau turut mendoakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi Instagram, Siti berkata, jasa dan sumbangan Allahyarhamah khususnya dalam bidang kesihatan, kebajikan serta pembangunan wanita akan sentiasa dikenang.

“Saya menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, memandangkan jasa dan sumbangan Tun Dr Siti Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya,” tulisnya.

Menurut pelantun Cindai itu, Allahyarhamah turut dikenang sebagai tokoh wanita yang memiliki sifat keibuan tinggi selain berperwatakan penyayang dan lemah lembut.

“Allahyarhamah adalah seorang tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi,” katanya.

Dalam masa sama, Siti turut menitipkan doa buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga agar diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

“Saya turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini.

“Innalillahi wainnailaihiroji’un. Al-Fatihah,” ujarnya.

Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini pada usia 100 tahun. Pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement