Skip to main content

Berita

Kematian Nur Izzati Diklasifikasi SDR - Polis

Astro Gempak 501

Sekilas

  • Kes kematian remaja Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) selepas jasadnya ditemukan kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian.
  • Nur Izzati dilaporkan hilang ketika turun dari pendakian bersama keluarganya dan dipercayai hilang semasa turun seorang diri selepas meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya.
  • Operasi mencari dan menyelamat selama empat hari melibatkan 114 anggota dari pelbagai agensi, dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat tanpa kesan luka serius atau tanda serangan haiwan liar.

Kes kematian remaja, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kes kematian remaja yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam di sini sejak Sabtu lalu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ibrahim Husin berkata, jasad mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 11.58 pagi, Selasa.

“Pada pukul 1.08 petang, mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan kejadian.

“Siasatan diklasifikasikan sebagai SDR dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis menerima maklumat daripada Balai Bomba Tanjong Malim kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang remaja perempuan ketika turun dari pendakian bersama keluarganya di Bukit Changkat Asa.

Katanya, aktiviti pendakian tersebut bermula pukul 8.40 pagi melibatkan enam ahli keluarga.

“Pada pukul 10.50 pagi semasa perjalanan turun, semua pendaki berhenti rehat, manakala mangsa meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu untuk berehat di dalam kereta atas alasan tidak tahan panas dan penat.

“Kira-kira pukul 11.35 pagi, apabila ibu mangsa sampai di kereta, didapati mangsa tiada dan disyaki hilang semasa turun seorang diri,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, jasad mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

“Tiada kesan luka pada jasad mangsa, hanya calar-calar.

“Mangsa juga ditemukan dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan tiada tanda serangan haiwan liar,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama empat hari itu melibatkan seramai 114 anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba sukarela, pejabat hutan, pejabat tanah, malim gunung serta sukarelawan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement