Skip to main content

Selebriti

Kemelut Dengan Syada Amzah Jejaskan Kesihatan Mental, Elcah Kini Lebih Hati-Hati Pilih Kawan - “Saya Memang Cut Off, Seberapa Lama Pun Berkawan…”

Syada Amzah X Elcah

Pempengaruh media sosial, Elcah tampil menjawab persoalan mengenai hubungan persahabatannya dengan penyanyi Syada Amzah yang kini dikatakan kurang baik akibat salah faham melibatkan isu peribadi.

Menurut Elcah atau nama sebenarnya Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, hubungan baik bersama Syada mula renggang selepas insiden melibatkan pihak ketiga iaitu individu digelar sebagai SA. m

Advertisement

Malah Elcah mengakui berasa kecewa dan mendakwa Syada seolah-olah tidak memihak kepadanya dalam konflik rumah tangga yang sedang dihadapi.

"Sebenarnya apa yang berlaku antara saya dan 'best friend' (Syada) saya tu, ada salah faham kerana dua-dua pihak ini adalah kawan dia tetapi dia kenal saya lebih lama.

"Bila saya bercerita dengan dia, tapi dia berpihak kepada kawan dia yang lagi satu tu (orang ketiga).

"Saya macam terasalah, dia kata nak bagi saya bukti (kecurangan suami) tetapi dia nak saya selesaikan masalah rumah tangga dengan cara bercerai," ujarnya.

Elcah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media Dewi Remaja 2025 yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara pada Rabu.

Mengulas mengenai perkara itu, Elcah memaklumkan sepanjang kemelut yang berlaku, dia turut mengalami tekanan emosi sehingga menjejaskan kesihatan dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

"Apa yang berlaku ini juga turut menjejaskan kesihatan mental saya sehingga menerima rawatan di hospital. Doktor kata ada masalah di kepala saya.

"Saya diwadkan selama tiga hari. Saya agak tertekan sewaktu kontroversi ni berlaku pada waktu itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Elcah tidak menafikan kontroversi ini telah memberi kesan yang besar terhadap kerjayanya.

Perkara itu termasukah dari segi hilang peluang kerja dan kerugian yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

"Disebabkan kontroversi ini terbabit dengan nama-nama besar, tidak dinafikan kerja-kerja saya terganggu dan terpaksa batalkan komitmen job yang saya ada.

"Kalau ikutkan job dengan kawan-kawan pun terjejas kerana mereka ingatkan saya ini pembawa masalah tetapi sebenarnya tak ada isu pun.

"Anggaran kerugian yang saya tanggung dalam sekitar puluhan ribu ringgit juga. Tak mengapalah saya tak mahu besarkan cerita ini cuma saya harap kawan-kawan saya tahu cerita sebenar dan kami boleh bekerjasama lagi selepas ini," jelasnya.

Elcah juga menegaskan bahwa selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

"Setakat ini saya memang tidak mahu berkawan dengan mana-mana pihak yang boleh memberi impak dalam kehidupan saya.

"Saya memang cut off dan tidak menghubungi mereka lagi. Bila dah menginjak usia 30 tahun ini, sekarang saya baru dapat melihat luar dalam sahabat saya itu.

"Apa yang saya boleh nasihatkan, seberapa lama pun anda berkawan paling penting adalah percaya kepada keluarga sendiri," katanya.

Terdahulu, suami kepada Elcah iaitu Afi Hamri atau Hafizuddin Hamri mendakwa Syada menghasut isterinya untuk bercerai selepas Afi didakwa berlaku curang.

Elcah bagaimanapun mempertahnkan sahabat baiknya itu dan memberitahu Syada tidak terkait dalam masalah rumah tangga mereka sebaliknya menjadi orang tengah dalam pergaduhan bersama individu digelar sebagai SA.

Namun pada Ogos lalu, Elcah hilang sabar dan memberi amaran terakhir kepada Syada yang dikatakan membuat panggilan kepda rakan-rakannya untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarganya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement