Skip to main content

Berita

“Kena Pukul, Kena Pijak Sampai…” - Wanita Gigil Tengok Video Tular Adik Sepupu

Buli

Sekilas

  • Seorang wanita, Nur Azwaa, terkejut apabila mengetahui kanak-kanak yang menjadi mangsa buli dalam video tular adalah adik sepupunya sendiri.
  • Mangsa dipukul dan dipijak sehingga pengsan, namun tiada individu awam yang tampil membantu ketika kejadian di Melaka.
  • Kejadian berlaku pada 13 Disember dan laporan polis hanya dibuat pada 29 Disember 2025 selepas video buli tersebar luas.

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui kanak-kanak yang menjadi mangsa pukul dalam sebuah video tular di media sosial merupakan adik sepupunya sendiri.

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Nur Azwaa memaklumkan bahawa pada awalnya dia menyangka rakaman yang tular itu melibatkan orang lain.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa mangsa dalam video berkenaan merupaka daripada kalangan ahli keluarganya sendiri.

“Sumpah gigil tengok budak ini kena pukul, kena buli sampai macam ini. Rupanya keluarga aku sendiri.

“Selama ini tengok orang luar saja kena, bila jadi dekat keluarga sendiri, sayu hati tengok.

“Kena pukul, kena pijak sampai pengsan. Ya ALLAH, kejadian di Melaka,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Nur Azwaa turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa tiada individu awam yang tampil membantu mangsa ketika kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut telah menyebabkan adik sepupunya tidak sedarkan diri akibat dipukul dan dipijak.

“Saya dimaklumkan sebelum rakaman dibuat pun adik sudah teruk dipukul dan dipijak. Tak tahu berapa lama dia bertarung seorang diri.

“Hati saya hancur melihatnya. Sampai bila kes buli seperti ini akan terus berlaku?” luahnya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 13 Disember lalu, namun laporan polis hanya dibuat pada 29 Disember 2025.

Pada awalnya, pihak keluarga dipercayai cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik sebelum rakaman sebelum video buli itu tersebar luas di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement