Skip to main content

Selebriti

Kenyataan Tentang Bakal Isteri Undang Kritikan, Que Haidar Serahkan Soal Jodoh Pada Tuhan - "Saya Tak Suka Orang Atur Hidup Saya"

que haidar

Sekilas

  • Pelakon Que Haidar mencetuskan perdebatan selepas mempersoalkan kenapa dia perlu beri emas kepada Fazura dalam siaran langsung TikTok.
  • Que menegaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan dan kurang selesa apabila orang cuba mengatur hidupnya.
  • Reaksi netizen bercampur, ada yang anggap kenyataan Que santai, namun ada juga yang nasihatkan dia lebih berhati-hati kerana pernah menunjukkan usaha romantik terhadap Fazura sebelum ini.

Pelakon, Que Haidar mencetuskan perdebatan warganet selepas mengeluarkan kenyataan mengenai usahawan dan aktres, Fazura ketika mengadakan siaran langsung di TikTok.

Dalam perkongsian itu, Que mempersoalkan mengapa dia perlu memberi emas kepada Fazura memandangkan soal jodoh adalah perkara yang tidak pasti lagi.

"Kenapa saya kena beli untuk Fazura? Saya beli untuk bakal isteri saya dan kita tak tahu siapa bakal isteri sebenar saya. Entah-entah yang kat komen ini. Korang ni menekan betul,"ujarnya.

Que menegaskan dia kurang selesa apabila ada segelintir individu menentukan hidupnya kerana dia menyerahkan urusan jodoh sepenuhnya kepada Tuhan.

"Kadang saya tak suka orang mengatur hidup saya. Saya menyerahkan segalanya pada Allah," katanya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang berpendapat nada kenyataan Que Haidar kedengaran seperti biasa sahaja dan menganggap perkara tersebut tidak seharusnya dibesar-besarkan.

"Nada dia ok je, ingat teruk la sangat.

"Bagi saya biasa sahaja.

"Dia tengah melawak je kut. Korang ni cepat terasa sangat.

"Lah santai je rupanya. Tiada la kurang ajar mana," komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang menasihatkan Que supaya lebih berhati-hati dengan kata-kata, memandangkan dia pernah melakukan pelbagai usaha romantik terhadap Fazura sebelum ini.

"Dia sepatutnya perlu pandai bertapis bila beri respon sebab dia yang dah secara terbuka beri Fazura bunga, beri pada anaknya, bercakap dengan kawan dan ibunya. Peminat dah percayakan dia memang nak berkenalan secara romantik. Bergurau pun kena bijak. Sekarang peminat pun dah sakit hati dan salah faham," tulisnya.

Terdahulu, Que dan Fazura bergandingan sebagai duta dan membuat konten bagi sebuah jenama pakaian lokal.

Malah, Que pernah menghadiahkan jambangan bunga os berwarna merak jambu kepada Fazura sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima pelawaannya untuk berkunjung ke bazar Ramadan bersama.

Keserasian mereka berdua sekali gus mendapat perhatian peminat dan rata-rata suka dengan gandingan mereka bersama.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement