Lantang bersuara, personaliti media sosial, Tareq Fit mengakui tidak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarga.
Menerusi perkongsian di Threads, Tareq menegaskan dia tidak teragak-agak dengan setiap tindakannya kerana percaya ia dilakukan demi kebenaran dan kebaikan masyarakat, khususnya umat Islam.
"Kepada yang fitnah cerita buruk pasal aku dan keluarga, teruskan. Allah Ada. Ini demi kebenaran. Silakan kecam. Aku sentiasa tenang kerana masih ada iman," tulisnya.

Dalam masa sama, Tareq mendakwa golongan songsang cuba mereka cerita mengenainya dengan tujuan untuk membuatkan dia berdiam diri.
Bagaimanapun, Tareq menegaskan dia tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan nilai masyarakat berasaskan ajaran agama.
"Sebab itu golongan songsang beria buat fitnah pasal aku, supaya aku diam. Sumpah demi Allah, aku akan teruskan perjuangan demi ummah kita, geng laknat Allah. Hari-hari berita pasal mereka. Bersatu dengan masyarakat terhadap geng songsang. Penyakit ini akan hancurkan ummah," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendirian Tareq yang disifatkan memberi kesan positif kepada masyarakat.
"Saya bersama awak, teruskan.
"Teruskan bro, aku sokong.
"Teruskan, sekurang-kurangnya ada yang dah kembali dengan teguran anda.
"Aku sokong bab ni, biar mereka tak senang duduk," komen netizen.i, biar mereka tak senang duduk," komen netizen.