Skip to main content

Viral

Kerap Muncul Di Dalam TV, Lelaki Tular Ketika Sambut Hari Merdeka Tampil Bersuara - “Saya Bukan Bayar Mereka Tetapi…”

Kerap Muncul Di Dalam TV, Lelaki Tular Ketika Sambut Hari Merdeka Tampil Bersuara - “Saya Bukan Bayar Mereka Tetapi…”

Sekilas

  • Seorang lelaki yang sering muncul dalam siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan ke-69 menjelaskan dia sebenarnya petugas teknikal di sebuah stesen televisyen.
  • Dia memakai baju putih, memegang Jalur Gemilang, dan menggunakan ear piece untuk menerima arahan dari penerbit sepanjang acara berlangsung.
  • Tugasnya adalah menggerakkan penonton supaya memberikan reaksi meriah di hadapan kamera bagi memastikan suasana lebih hidup dan menarik.
Advertisement

Persoalan mengenai seorang lelaki yang kerap muncul di dalam televisyen ketika siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan yang ke-69 pada Isnin telah terjawab apabila individu itu sendiri tampil menjelaskan peranan sebenarnya di tempat berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki yang memakai baju bewarna putih sambil memegang bendera Jalur Gemilang itu berkata dia hanyalah seorang petugas teknikal di sebuah stesen television terkemuka.

Advertisement

Malah, dia juga telah diberikan kad akses untuk memasuki kawasan tersebut sambil memakai alatan ‘ear piece’ bagi mendengar arahan penerbit dari jarak jauh.

“Ramai yang tanya saya kenapa muka saya banyak muncul. Saya bertugas bahagian teknikal. Saya ada pas dan diberikan ear piece yang besar.

“Saya boleh dengar arahan dari penerbit. Saya bukan bayar RTM tetapi saya bertugas. Ini adalah kerja saya paling mudah sebagai pengacara,”kongsinya.

Advertisement

Menurut lelaki tersebut, peranannya adalah memastikan penonton dapat memberikan reaksi dan sambutan  yang meriah di hadapan kamera.

“Saya ditugaskan bersama penonton untuk bersorak. Saya adalah POV dari penonton. Saya kena panggil penonton dan suruh mereka pandang kamera dan buat riuh.

“Ini kali pertama mereka buat, nampaknya ia berjaya. Saya selalu jadi tikus makmal,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement