Skip to main content

Selebriti

Kes Pemandu Mabuk Langgar Motosikal, Zara Zya Gesa Pihak Berkuasa Ketatkan Undang-Undang - "Denda Tak Cukup Beri Pengajaran..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya meluahkan kekecewaan terhadap kes pemandu mabuk yang melanggar motosikal sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang.
  • Beliau menggesa pihak berkuasa memperketatkan undang-undang dan penguatkuasaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan melindungi nyawa orang awam.
  • Kes tersebut melibatkan pemandu yang positif dadah dan alkohol, sekali gus menegaskan bahawa memandu dalam keadaan mabuk adalah pilihan berbahaya yang boleh meragut nyawa orang lain.

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa kecewa susulan kes tular melibatkan pemandu mabuk yang melanggar sebuah motosikal di jalan raya, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil segera bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah daripada menjadi mangsa kecuaian orang lain.

"Seriuslah, sampai bila kita nak biarkan isu pemandu mabuk ini berulang? Setiap kali ada kes mesti ada nyawa tak bersalah yang terkorban.Yang pergi kerja, balik rumah dan sekadar lalu itu semua jadi mangsa kecuaian orang lain," tulisnya.

Dalam masa sama, Zara turut menggesa pihak berkuasa agar memperketatkan undang-undang sedia ada serta memastikan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih tegas.

"Undang-undang memang ada, tapi kalau masih longgar atau penguatkuasaan tak tegas, benda ni takkan berhenti. Orang tak rasa takut. Denda tak cukup memberi pengajaran. Hukuman tak cukup berat untuk buat mereka fikir dua kali.

"Memandu dalam keadaan mabuk bukan “kesilapan kecil”. Itu pilihan. Pilihan yang boleh bunuh orang. Kenapa perlu tunggu lebih ramai jadi korban baru nak bertindak lebih tegas? Ketatkan undang-undang. Perketatkan penguatkuasaan. Jangan kompromi dengan keselamatan orang awam. Sebab satu keputusan bodoh di jalan raya, boleh hancurkan banyak kehidupan. Cukup cukup lah!,"ujarnya.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 30-an maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas  kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi.Kereta & Kenderaan.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement