Skip to main content

Selebriti

Kesan Lebam Baharu Dikesan, Isu Anak Ako Mustapha Tarik Perhatian Menteri Pendidikan - "Ibu Bapa Pelaku Masih Belum Hubungi Saya..."

WhatsApp Image 2026 04 22 at 11.24.20 PM

Sekilas

  • Ako Mustapha mengesahkan anaknya, Mikael, menjadi mangsa buli di sekolah dan kes ini kini mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bersama sekolah dan individu terlibat, manakala mesyuarat dengan semua pihak berkaitan akan diadakan.
  • Mikael dilaporkan dalam keadaan baik tetapi mengalami trauma psikologi dan lebam yang tidak disedari sebelum ini, sementara ibu bapa pelaku belum menghubungi keluarga Mikael.

Pelakon, Ako Mustapha, 55, mendedahkan isu anaknya, Mikael Iskandar Mustapha, 10, yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolah kini mendapat perhatian serius Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bersama pihak sekolah dan individu terlibat bagi tindakan susulan.

“Kami menunggu pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh kerana perkara ini tidak boleh dibuat secara cincai. Mesyuarat bersama semua pihak berkaitan juga akan diadakan.

“Saya difahamkan Menteri Pendidikan sendiri akan hadir untuk turut serta dalam perbincangan itu.

“Disebabkan perkara ini semakin besar, saya dimaklumkan Menteri Pendidikan akan datang ke sekolah esok untuk berjumpa dengan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada Gempak.

Ako berkongsi demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar dan Suria di Saloma Bistro,  hari ini.

Ditanya mengenai keadaan terkini anaknya, Ako berkata Mika berada dalam keadaan baik, namun pemeriksaan pakar psikologi mendapati terdapat kesan lebam lain yang sebelum ini tidak disedari.

“Alhamdulillah anak saya okay. Dekat hospital pun dia sudah buat kawan baru dan bermain bersama-sama.

“Bagaimanapun, pakar psikologi kanak-kanak beritahu, walaupun pada awalnya kelihatan normal, pemeriksaan lanjut hari ini mendapati terdapat lebam lain yang sebelum ini tidak disedari.

“Selain itu, dia juga mengalami sedikit fobia serta trauma psikologi akibat kejadian itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ako turut memaklumkan bahawa sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan daripada ibu bapa pelaku dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Setakat ini, ibu bapa pelaku masih belum berjumpa atau menghubungi saya. Namun, pegawai penyiasat (IO) sangat komited dalam memastikan siasatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Selepas laporan dibuat, IO segera menghubungi semua pihak berkaitan walaupun pada awal pagi. Saya hanya mengikuti nasihat pihak polis kerana mereka lebih arif dalam mengendalikan kes seperti ini.

“Mereka juga akan menjelaskan prosedur, syarat serta implikasi undang-undang yang terlibat. Namun, saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran dimuat naik di Threads, Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, memaklumkan kejadian itu membabitkan lima murid iaitu dua murid senior dan tiga rakan sekelas.

Menurut Ako, kejadian yang menimpa Mikael hanya disedari selepas anaknya itu pulang dari sekolah dan selesai mandi.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan anak Ako yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Wangsa Maju, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilapor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement