Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Kesemua Lima Mangsa Nahas Helikopter Diserahkan Kepada Keluarga Hari Ini

Kesemua Lima Mangsa Nahas Helikopter Diserahkan Kepada Keluarga Hari Ini

Sekilas

  • Jenazah lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Sarawak, telah disahkan identitinya melalui analisis DNA dan akan diserahkan kepada keluarga di Hospital Miri hari ini.
  • Setiap jenazah akan diterbangkan atau dipindahkan ke lokasi pengebumian masing-masing di Kelantan, Sarawak, dan Negeri Sembilan dengan bantuan logistik dari Angkatan Tentera Malaysia.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia menghargai kerjasama pelbagai agensi dalam operasi mencari, menyelamat, dan pengurusan jenazah serta menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh perkhidmatan pemindahan perubatan kecemasan di kawasan pedalaman.
Advertisement

Jenazah lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak, akan diserahkan kepada keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Miri, pagi ini, selepas identiti semua mangsa disahkan melalui analisis DNA.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengesahan rasmi identiti melalui analisa DNA dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia.

Advertisement

Katanya, susulan itu penyerahan jenazah wira dan wirawati negara kepada keluarga akan dilaksanakan di Jabatan Forensik Hospital Miri hari ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyelaraskan pergerakan jenazah ke persemadian masing-masing.

"Jenazah Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamarudin (Pegawai Perubatan) akan diterbangkan dari Miri ke Kota Bharu, Kelantan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa. 

"Jenazah mendiang Debra Moset (jururawat) akan diterbangkan dari Miri ke Kuching untuk disemadikan di Kampung Semadang, Padawan pada esok. 

"Jenazah mendiang Alexson Adit Henry (Penolong Pegawai Perubatan) akan dipindahkan dari Hospital Miri ke rumahnya hari ini, manakala urusan pengebumian akan dibuat pada Selasa, di Anglican Cemetery Lambir, Miri, Sarawak," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jenazah mendiang Jessie Paya Jok (jururawat) akan dipindahkan daripada Hospital Miri ke rumah mendiang pada hari ini, manakala urusan pengebumian akan dibuat pada esok di BEM Cemetery Lambir, Miri. 

"Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham (juruterbang) akan diterbangkan dari Miri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) dengan penerbangan Malaysia Airlines untuk dikebumikan di Taman Perkuburan Forest Height, Senawang, Negeri Sembilan," katanya. 

Beliau berkata, KKM amat berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan kemudahan logistik TUDM bagi melancarkan urusan penghantaran pulang jenazah ke Semenanjung Malaysia. 

"Penghargaan turut diberikan kepada PDRM, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengurusan Hospital Miri, serta seluruh agensi yang bertungkus-lumus tanpa penat lelah dari fasa mencari dan menyelamat (SAR) sehinggalah ke fasa pengurusan jenazah," katanya. 

Menurutnya, bagi memastikan akses kesihatan rakyat pedalaman tidak terjejas, KKM terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JBPM bagi menyokong kelancaran operasi pemindahan perubatan kecemasan (MEDEVAC).

Ini susulan penangguhan sementara perkhidmatan FDS untuk siasatan, semakan dan penilaian menyeluruh.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement