Skip to main content

Selebriti

Kilauan Emas Selebriti: Fazlina Ahmad Daud Elak Nyanyi Lagu Ogy, Tak Mahu Ada Perbandingan - "Saya Tak Nak Orang Cakap..."

Kilauan Emas Selebriti: Fazlina Ahmad Daud Elak Nyanyi Lagu Ogy, Tak Mahu Ada Perbandingan - "Saya Tak Nak Orang Cakap..."

Sekilas

  • Fazlina Ahmad Daud tidak akan menyanyikan lagu kakaknya, Ogy Ahmad Daud, dalam pertandingan Kilauan Emas untuk mengelakkan perbandingan antara mereka.
  • Ogy memberi sokongan penuh terhadap penyertaan Fazlina, walaupun pada awalnya dia gelakkan keputusan adiknya itu.
  • Fazlina bersedia menerima segala komen netizen dan menegaskan fokus utamanya adalah pada misi dan amanah yang dibawa melalui pertandingan tersebut.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti, Fazlina Ahmad Daud berkongsi bahawa dia tidak pernah merancang untuk menyampaikan lagu-lagu nyanyian kakaknya, Ogy Ahmad Daud sepanjang menyertai pertandingan itu.

Menurut Fazlina, keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang perbandingan antara dirinya dengan Ogy yang masing-masing mempunyai identiti serta genre tersendiri.

Advertisement

"Saya tak mahu bawa lagu Ogy sebab orang akan mula buat perbandingan. Dari awal saya masuk industri lagi, saya memang tak mahu ada perbandingan. Saya sangat menjaga perkara itu dan tak mahu beri ruang kepada netizen untuk bandingkan kami.

"Saya tak nak nanti orang cakap, 'adik dia nyanyi lagi sedap daripada Ogy' atau sebaliknya. Ogy adalah Ogy dan saya adalah saya kerana genre kami berbeza.

"Memang tiada dalam senarai saya untuk menyanyikan lagu Ogy. Dia kakak saya, tetapi lagu-lagu seperti Simfoni Kasih, Riwayat Petani dan lagu-lagu daripada  filem Abang sahaja yang saya rasa dekat dengan diri saya kerana ada kaitan dengan karya arwah ayah kami,"katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Fazlina turut berkongsi reaksi Ogy apabila dimaklumkan mengenai penyertaannya dalam program berkenaan buat kali pertama.

"Reaksi Ogy bila saya beritahu yang saya masuk Kilauan Emas ialah dia gelakkan saya. Perkara pertama yang dia tanya ialah sama ada saya akan nyanyi lagu dia. Saya kata tidak.

"Dia sangat menyokong. Dia kata saya memang boleh menyanyi. Saya kemudian terangkan format Kilauan Emas kepadanya dan dia faham. Dia beri sokongan serta restunya,"ujarnya.

Sementara itu, Fazlina mengakui berasa gementar sekiranya bapa mentuanya, Johari Salleh mengetahui penyertaannya memandangkan dia dikenali sebagai seorang maestro yang sering memberikan penilaian terhadap persembahan penyanyi.

"Cuma saya gemuruh kalau ayah mentua saya tahu. Datuk Johari Salleh seorang maestro dan saya selalu dengar dia kritik penyanyi. Harap-harap pihak produksi tak jemput dia sebagai juri jemputan. Saya cuma harap dia beri restu.

"Kalau akhirnya dia atau Ogy dijemput pun saya reda. Saya dan peserta lain ada misi masing-masing. Bagi saya, ini bukan sekadar pertandingan. Setiap minggu kami memikul amanah untuk memberikan persembahan terbaik dan mengumpulkan dana bagi tujuan yang sepatutnya. Itu yang paling penting,"kongsinya.

Mengulas mengenai pandangan netizen, Fazlina berkata dia sudah bersedia menerima segala komen yang bakal dilemparkan kepadanya kerana percaya fokus utamanya adalah terhadap misi yang ingin dibawa menerusi penyertaan dalam program tersebut.

"Kita anak seni. Saya dah bersedia dengan segala komen netizen. Tak kisahlah dalam nyanyian atau lakonan, orang nak cakap apa pun. Seperti yang saya kata, sebab misi itulah saya berada di sini,"katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fazlina merupakan salah seorang daripada 10 peserta bagi program yang bakal menemui penonton 22 Ogos depan.

Selain Fazlina, antara selebriti yang turut menjadi peserta termasuklah Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rashan Baba, Rahim Omar dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement