Skip to main content

Selebriti

Kini Di Fasa Bahagia, Sissy Iman Kongsi Detik Jatuh Cinta Dengan Suami - "Tak Sampai Berapa Bulan Kenal, Dia Terus Jumpa Ayah..."

zamir sissy iman

Sekilas

  • Sissy Imann berkongsi kisah jatuh cinta dengan suaminya, Dr. Zamir, yang berani berjumpa ayahnya walaupun tempoh perkenalan singkat sebelum berkahwin.
  • Zamir mendedahkan Sissy adalah pesakitnya dan dia tertarik dengan personaliti ceria Sissy yang jarang tunjuk sedih.
  • Sissy menganggap perkahwinan sebagai fasa menyeronokkan dan bersyukur suaminya sentiasa menyokong kerjaya muziknya.

Baru sahaja mendirikan mahligai perkahwinan, penyanyi Sissy Imann tampil berkongsi detik yang membuatkan dirinya jatuh cinta dengan suaminya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah.

Menurut Sissy, meskipun tempoh perkenalan mereka singkat, namun Zamir tidak teragak-agak untuk berjumpa dengan ayahnya bagi menyatakan hasrat untuk berkahwin.

“Apa yang buat saya jatuh cinta dengan Zamir ialah keberanian dia. Walaupun kami baru kenal beberapa bulan, dia terus jumpa ayah saya untuk beritahu niatnya. Tak sampai lapan bulan berkenalan, kami terus berkahwin.

“Sebenarnya memang jatuh cinta pandang pertama. Cuma pada awalnya saya tengok dia sebagai doktor sahaja. Saya tahu dia seorang yang penyayang, sebab bagi saya doktor memang sifatnya begitu. Ingatkan dia penyayang dengan semua orang, rupanya layanan istimewa itu untuk saya sahaja," katanya kepada Gempak.

Sissy berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam kemuncak Gempak Most Wanted 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam masa sama, Zamir turut mendedahkan bahawa Sissy merupakan salah seorang pesakitnya dan mengakui tertarik dengan personaliti Sissy yang ceria dan sentiasa positif.

“Sissy sebenarnya salah seorang pesakit saya. Saya jatuh cinta dengan personaliti dia yang sangat ceria dan jarang tunjuk sedih. Tapi lepas kahwin, barulah saya nampak sisi sedih dia,” ujar Zamir.

Sementara itu, pelantun lagu Dengan Kamu itu turut menyifatkan perkahwinan sebagai satu fasa yang menyeronokkan dan amat digalakkan.

Katanya, dia amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa memahami dan tidak pernah berhenti menyokong dirinya dalam industri muzik.

“Kalau saya boleh simpulkan, kehidupan selepas perkahwinan memang sangat recommended. Kalau ada kawan-kawan yang nak kahwin, saya memang galakkan. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat menyokong. Walaupun dia seorang doktor, dia memang minat muzik dan sentiasa faham minat saya.

“Alhamdulillah, sekarang makin banyak tawaran kerja dan kebanyakannya kami lakukan bersama. Walaupun bukan dalam bidang dia, kami tetap seronok buat sama-sama. Dia tak pernah menghalang saya untuk terus aktif dalam industri, malah sentiasa beri sokongan," tambahnya.

Terdahulu, Sissy selamat diijabkabulkan dengan Dr. Zamir dalam satu majlis yang berlangsung jam 9.00 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement