Skip to main content

Selebriti

“Kisah Pula Kita Orang Approve Ke Tidak…” - Diana Danielle

“Kisah Pula Kita Orang Approve Ke Tidak…” - Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle menasihatkan supaya memilih pasangan yang pandai menjaga dan bertanggungjawab dalam hubungan.
  • Menurutnya, kriteria pasangan berubah mengikut usia, dengan fokus utama kini pada tanggungjawab, usaha, dan sikap rajin.
  • Dia menegaskan kelebihan lain pasangan adalah bonus dan tidak perlu dipengaruhi pandangan orang lain.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle berkongsi pesanan kepada orang ramai dalam memilih seseorang sebagai pasangan hidup.

Menerusi perkongsian di Threads, Diana menyarankan agar memilih pasangan yang pandai menjaga dan bertanggungjawab terhadap pasangannya.

Advertisement

Menurut Diana, kriteria pasangan yang diinginkan mungkin berubah apabila usia semakin meningkat. 

Jika dahulu mungkin lebih banyak perkara yang difikirkan, kini baginya yang paling penting ialah sikap bertanggungjawab, usaha dan rajin.

“Yang penting, orang yang kita pilih sebagai pasangan itu pandai jaga kita.

Advertisement

“Kalau masa muda dulu, senarai kriteria kita berbeza. Sekarang, kita sedar berpasangan ini paling utama adalah tanggungjawab, usaha, rajin dan berfikiran kritis.

“Saya ulangi, yang penting tanggungjawab, pandai dan tak tolol. Kita sahaja tahu siapa yang paling sesuai, yang boleh ikut rentak kita,” tulisnya.

Katanya lagi, jika pasangan mempunyai kelebihan lain selain daripada perkara yang disenaraikan, ia dianggap sebagai bonus yang patut disyukuri tanpa perlu memikirkan pandangan orang lain.

“Yang lain itu hanya tambahan points sahaja yang boleh disyukuri. Kisah pula kita orang approve ke tidak,” ujarnya.



 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement