Sekilas
- Pelakon Ezzanie Jasny menafikan dakwaan mengalami culture shock dan menjelaskan dia berasal dari kawasan bandar, bukan kampung.
- Ezzanie terkilan kerana ada individu membuat komen tanpa menyemak latar belakangnya terlebih dahulu.
- Dia juga sudah serik melayan orang yang berpura-pura memberi nasihat tanpa memahami konteks sebenar.
Pelakon Ezzanie Jasny meluahkan rasa kurang senang selepas ada individu mendakwa dirinya mengalami culture shock.
Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie atau nama penuhnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya berasal dari kawasan bandar, bukan kampung seperti disangkakan.
Ezzanie turut terkilan apabila individu berkenaan meninggalkan komen tanpa menyemak latar belakangnya terlebih dahulu.
"Cakap kita culture shock. Kita bukan datang dari kampung, duduk bandar. Tak kenal saya kut. Pergi lihat Instagram saya. Suka komen melulu," tulisnya.
Pelakon Impiana Karma itu turut mengakui dirinya sudah serik melayan individu yang berpura-pura ‘menegur’ atau memberi ‘nasihat’ tanpa memahami konteks sebenar.
"Ada juga yang tidak memahami konteks. Siap cakap itu adalah teguran. Saya dah serik dengan orang. Mental saya layan manusia acah baik ini," katanya.