Sekilas
- Sebuah klinik kesuburan di Amerika Syarikat disaman selepas sepasang suami isteri mendakwa bayi perempuan yang dilahirkan tidak sepadan dengan keturunan mereka.
- Tiffany Score dan Steven Mills mendakwa klinik tersebut telah memasukkan embrio yang salah semasa proses IVF mereka.
- Ujian genetik mengesahkan bayi itu tiada kaitan genetik dengan pasangan tersebut, dan mereka kini mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik berkenaan.
Sebuah klinik kesuburan di Amerika Syarikat dikenakan tindakan undang-undang selepas sepasang pasangan mendakwa bayi perempuan yang dilahirkan mempunyai ciri fizikal tidak sepadan dengan keturunan mereka.
Dakwa pasangan yang bernama Tiffany Score dan Steven Mills itu, insiden tersebut berlaku kefana klinik tersebut telah memasukkan embrio yang salah ketika mereka melakukan proses Persenyawaan In Vitro (IVF).
Perjelas Tiffany dan Steven, mereka ke klinik tersebut untuk melakukan proses IVF bagi mendapatkan anak mereka sendiri namun kecewa dan terkejut apabila bayi yang dilahirkan bukan hasil daripada embrio mereka sendiri.
Sementara itu, laporan ujian genetik yang dijalankan juga menunjukkan bahawa bayi itu tidak mempunyai kaitan genetik dengan mereka sekaligus memperkukuhkan lagi dakwaan mengenai kebimbangan mereka itu.
Kedua-dua pihak walau bagaimanapun masih belum mendedahkan status kes mahkamah terkini, tetapi meskipun Tiffany dan Steven sudah memfailkan saman terhadap klinik tersebut.
Sumber: Sinar Harian