Skip to main content

Selebriti

Kongsi Foto Sebak Pegang Al-Quraan, Hariz Hamdan; - "Saya Bukan Nak Tunjuk Baik..."

hariz hamdan

Sekilas

  • Pelakon Hariz Hamdan berkongsi momen sebak menerima senaskah al-Quran pada hari ulang tahunnya yang jatuh pada bulan Ramadan buat pertama kali.
  • Walaupun al-Quran itu ditempah awal Februari, penghantarannya lewat dan tiba tepat pada hari lahirnya, menjadikan detik itu sangat bermakna.
  • Hariz menegaskan dia tidak berniat menunjuk baik, sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman yang jarang dialaminya sebagai pengajaran kepada orang lain.

Pelakon, Hariz Hamdan tampil menjelaskan perkongsian foto dirinya yang sebak memegang al-quraan di media sosial,bari-baru ini.

Menurut Hariz, dia berniat untuk menghadiahkan dirinya senaskah al-quraan memandangkan ini adalah kali pertama hari jadinya jatuh pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun, meskipun al-Quran tersebut telah ditempah lebih awal, penghantarannya mengalami sedikit kelewatan.

Tanpa disangka, naskhah itu akhirnya tiba tepat pada hari lahirnya, sekali gus menjadikan momen tersebut lebih bermakna buat dirinya.

"Kebetulan ulang tahun kelahiran saya jatuh pada bulan Ramadan.

"Selama 24 tahun, memang jarang untuk hari jadi saya jatuh pada bulan mulia ini. Jadi, saya anggap ia adalah sesuatu yang sangat istimewa buat saya.

"Saya tempah pada awal bulan Februari tapi penghantarannya ditangguhkan. Tak tahulah mungkin kuasa Allah SWT, saya terima al-Quran itu pada tarikh hari jadi saya," katanya kepada Gempak.

Hariz berkongsi perkara tersebut ketika majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur pada Selasa.

Ditanya mengenai kecaman yang dilemparkan padanya, Hariz menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menunjuk dirinya baik, malah dia hanya ingin berkongsi pengalaman yang jarang dilaluinya sebelum ini.

"Saya bukan manusia yang sempurna dan saya tahu tentang perkara itu.

"Walaupun kita buat baik sebanyak mana dan cuba jadi sempurna tapi akhirnya kita tahu tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ini.

"Saya bukan nak tunjuk baik, cuma mahu kongsi pengalaman yang saya tidak pernah alaminya sebelum ini.

"Mungkin bila ramai yang tengok mereka boleh belajar sesuatu dan sedarkan diri mereka atau ambil sebagai pengajaran,"ujarnya.

Terdahulu, Hariz berkongsi gambarnya menangis ketika menerima al-Quran pada hari istimewanya sekali gus menjadikan ulang tahun kelahirannya pada Ramadan kali ini sesuatu yang sukar dilupakan.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement