Sekilas
- Malique atau Mr Ganeral berkongsi gambar tiket konsert GenKru: The Finale yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
- Rakan artis dan peminat menunjukkan keterujaan mereka di ruangan komen menantikan kehadiran Malique di konsert tersebut.
- Konsert GenKRU sebelum ini mencatat rekod Malaysia Book of Records untuk persembahan terbanyak dalam satu siri dan penjualan tiket terpantas.
Penyanyi rap dan komposer terkenal, Malique sekali lagi menjadi perhatian seepas memuat naik sebuah hantaran di media sosial miliknya, baru-baru ini.
Malique yang sinonim dengan panggilan Mr Ganeral itu dilihat memuat naik foto dua tiket genKru: The Finale yang bakal berlangsung Sabtu ini.
"Sudah sekian lama. Jumpa kalian Sabtu ini," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen turut teruja menantikan kehadiran Malique ke konsert penuh berprestij itu.
"Jumpa awak di sana bro. Saya nasihat untuk awal sikit sebab nak elak jem. Nanti park kat tempat parking A, senang masuk.
"Jumpa awak Sabtu ni Mr. Ganeral.
"Terima kasih atas sokongan awak.
"Wow bestnya, jumpa awak di sana," komen mereka.
Sebelum ini, Kru mengumumkan bakal mengadakan persembahan berskala besar menerusi GenKRU The Finale: One More Time, yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 22 November ini.
Sekadar rekod, konsert GenKRU yang berlangsung pada 3, 4, 10 dan 11 Mei lalu di Axiata Arena Bukit Jalil telah melakar sejarah apabila mendapat dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) iaitu Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert serta Penjualan Tiket Terpantas Dalam Tempoh 1 Jam.