Skip to main content

Selebriti

Kongsi Swafoto Bersama, Netizen 'Cair' Tengok Diana Danielle & Kekasih - "Gembiranya Saya Untuk Awak..."

Kongsi Swafoto Bersama, Netizen 'Cair' Tengok Diana Danielle & Kekasih - "Gembiranya Saya Untuk Awak..."

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle berkongsi foto mesra bersama kekasihnya, Bern, yang digambarkan sebagai lelaki bijak dan berhati lembut walaupun kuat membebel.
  • Dalam gambar tersebut, Diana memaut lengan Bern sambil menyandarkan kepala pada bahunya, menarik perhatian netizen yang memuji keserasian wajah mereka.
  • Diana pernah berkongsi bahawa mereka mula berkenalan pada rumah terbuka tahun lepas dan mengenali Bern selepas tamat tempoh iddah.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama kekasihnya, Bern.

Meskipun Bern seorang yang kuat membebel, namun Diana menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai seorang yang bijak dan berhati lembut.

Advertisement

"Penghargaan buat lelaki kesayangan saya kerana  menjadi lelaki saya. Seorang yang bijak dan berhati lembut cuma mulut saja kuat membebel," tulisnya menerusi Threads.

Dalam hantaran sama, Diana yang mengenakan busana hijau dilihat memaut lengan Bern sambil menyandarkan kepalanya pada bahunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dengan perkongsian tersebut. 

Advertisement

Malah, ramai yang berpendapat wajah pasangan tersebut kelihatan seiras.

"Muka kamu berdua seiras.

"Seorang wanita bahagia, semua wanita bahagia.

"Muka sama sangat. Kuat jodoh!

"Aw gembiranya saya untuk awak," komen netizen

Terdahulu, Diana pernah berkongsi bahawa dia mula berkenalan dengan Bern ketika menghadiri rumah terbuka pada tahun lepas. 

Diana bagaimanapun menegaskan bahawa dia mula mengenali Bern selepas tamat tempoh iddah.  

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Must Watch Video

Advertisement