Skip to main content

Selebriti

Kris Dayanti Raih Pingat Perak Di Kejohanan Dunia Kungfu Ke-10

Kris Dayanti Raih Pingat Perak

Penyanyi Kris Dayanti, mencatat sejarah peribadi apabila berjaya merangkul gelaran naib juara dalam acara Women’s Single Weapon Routines di Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Kris berkongsi gambar dirinya di atas sebuah podium sambil dilihat memakai pingat perak dengan sijil penyertaan di tangannya.

Advertisement

"Tempat kedua dalam Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 bagi acara Women’s Single Weapon Routines," tulisnya.

Kejayaan tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan rasa bangga dari kalangan artis dan netizen atas pencapaiannya yang mengharumkan nama negara itu.

Terdahulu, Kris Dayanti mencuri tumpuan apabila menjadi salah seorang atlet yang ikut bertanding dalam pertandingan antarabangsa Wushu.

Kejohanan Dunia Kungfu anjuran Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) merupakan platform berprestij yang menghimpunkan atlet kungfu dari seluruh dunia bagi mempamerkan kemahiran dalam pelbagai kategori termasuk senjata, tangan kosong dan rutin tradisional.

Must-Watch Video

Advertisement