Skip to main content

Rancangan TV

KRU Kembali Rangkul Anugerah Selepas Lebih Dua Dekad - “Ini Kemenangan Peminat Kami”

ABPBH KRU

Selepas hampir dua dekad, kumpulan KRU kembali merangkul anugerah menerusi kategori  Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABPBH37).

Menurut Datuk Yusry selaku ahli kumpulan, mereka sememangnya tidak menyangka akan merangkul anugerah ini.

Ujarnya, kemenangan ini sewajarnya ditujukan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjuangan seni mereka.

“Tak sangka dengan kemenangan ini. Sebenarnya bukan kami (KRU) yang memang tetapi anda (peminat) yang menang,” ujarnya.

Sementara itu, ketua kumpulan iaitu Datuk Norman Abdul Halim berpendapat kemenangan ini adalah berkat sokongan kedua ibu bapa mereka.

Selain itu, Norman tidak menolak penganjuran lima konsert dalam tempoh enam bulan juga menjadi faktor kepada kemenangan mereka.

“Legasi kami dalam industri hiburan sentiasa diteruskan adalah berkat daripada ibu bapa kami yang menyokong.

“Kami juga tak boleh nafikan penganjuran konsert-konsert kami pada tahun ini telah menyatu padukan semula peminat untuk mengundi kami,” katanya.

Sekadar info, kali terakhir KRU memenangi kategori yang sama adalah pada 1999 yang lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement