"Kulit Hitam Bukan Halangan Untuk Berjaya" - Kumpulan 2B
Rozaimi Zubaidi
16/03/2018 07:03 MYT
16/03/2018 07:03 MYT
Finalis Gegar Lawak, Kumpulan 2B yang dianggotai oleh Ismawira Bahdun dan Lokman Harmin mengakui kekurangan yang ada pada mereka bukan halangan untuk berjaya dalam industri hiburan.
Menurut Ismawira, 30, dia dan Lokman sering menerima kritikan daripada orang ramai berkenaan warna kulit gelap yang ada pada mereka berdua.
"Alhamdulillah, kami tidak menganggap mempunyai kulit yang gelap bukan halangan untuk berjaya.
"Sebagai contoh kita lihat Abam berjaya buktikan 'Gemuk is Awesome' dan ternyata rupa bukan halangan untuk berjaya.
"Kami juga mahu membuktikan walaupun kami mempunyai kulit yang hitam mampu juga berjaya untuk mendapat tempat di hati peminat.
"Bagi kami perkara itu bukan sebagai halangan sebaliknya ia sebagai kelebihan untuk orang ramai mengenali kami," katanya kepada Astro Gempak.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
Jangan lupa menyaksikan Gegar Lawak akhir yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat (malam ini), jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’